17 December 2009

Tingkahlaku Terbaru Hariz


Dec 2009.


Sejak Nov 2009 yang lepas, Hariz menunjukkan tingkahlaku terbarunya iaitu meminta-minta beli sesuatu tanpa (mungkin) memahami kegunaan sebenar benda tersebut. Apa sahaja iklan yang terpapar di televisyen akan dimintanya untuk di beli. Antara contoh ayat yang digunakan oleh Hariz:

"Ayah.... belikan cat nippon paint solar effect tiga! Tiga berus kecik aje!". Minta supaya beli cat nippon seperti dalam iklan tv.

"Ibu.... Hariz nak super power kacip fatimah..!". Minta supaya beli produk superpower.

"Ayah... beli top padat". Minta supaya beli sabun top.

Semuanya adalah pengaruh iklan!

Selain meminta-minta supaya dibelikan sesuatu mengikut kehendaknya, Hariz juga meminta-minta supaya pergi ke tempat-tempat yang dia mahu. Antara ayat-ayat Hariz:

"Ayah, pergi carefour".

"Ayah, pergi kip mart".

"Ayah, pergi tesco".

"Ibu, pakai tudung, dah nak keluar ni". Menyuruh ibunya memakai tudung supaya dapat pergi keluar berjalan atau ke destinasi seperti ayat di atas. Lazimnya, ibu akan pakai tudung apabila hendak keluar ke kedai, pasar raya dan lain-lain.

Bagaimana menghadapinya dan menanganinya?? Aku pun tak tahu cara yang tepat untuk menanganinya. Apa aku buat? Buat trial & error berdasarkan saranan-saranan dari artikel dan buku-buku. Tak semua boleh digunapakai tapi harus di cuba terlebih dahulu sebelum membuat kesimpulan. Yang pasti aku mesti faham tingkahlaku, gerak geri dan membaca fikiran Hariz. Dari situ aku boleh kenalpasti kaedah mana yang boleh digunakan. Kadang-kadang perlu cipta kaedah khas untuk Hariz. Tapi ada juga kaedah yang tidak boleh digunakan pada masa lalu boleh digunakan untuk masa sekarang.

Moralnya: Gunakan kaedah menangani tingkahlaku anak-anak seperti Hariz mengikut keadaan semasa serta berterusan mengkaji tingkahlaku anak-anak. Tingkahlaku berubah mengikut peringkat umurnya.

Autism Spectrum Disorders: Psychological Theory and ResearchAutistic Spectrum Disorders: An Introductory Handbook for Practitioners

No comments:

Post a Comment