03 December 2009

Mendidik Anak Autisme

Ayat pendek, mudah dan perkataan disebut satu persatu dengan jelas adalah asas untuk berkomunikasi dengan semua kanak-kanak, terutama yang mengalami masalah autisme. Melalui pendekatan betul, kanak-kanak autisme yang sering dianggap bermasalah sebenarnya boleh belajar dengan baik dan berdikari.

Selagi kita belum kenal dan tahu mengapa mereka menunjukkan kelakuan pelik, jangan cepat memberi label kepada kanak-kanak autisme hanya kerana mereka dilahirkan begitu.

Kelahiran mereka memberi kita peluang untuk berfikir lebih kreatif menjaga dan mendidik golongan ini. Memang diakui tidak mudah mendekati mereka kerana ciri yang ada pada mereka - tidak pandai bersosial, kemahiran komunikasi yang terhad dan suka bersendirian.

Secara fizikalnya mereka sama seperti kanak-kanak. Yang membezakan mereka ialah tingkahlaku individu autisme.

Kita masih boleh berkomunikasi dengan kanak-kanak autisme melalui gerak badan, renungan mata, ekspresi muka dan penggunaan gambar.

Mendidik anak autisme memerlukan kesabaran dan kreativiti, dan ada antara ibubapa berputus asa dan menyerahkan tugas mendidik kepada guru sepenuhnya. Namun tindakkan ini kurang tepat kerana pengajaran harus bersambung di rumah.

Pendekatan menghukum tidak boleh digunakan kerana lama kelamaan mereka akan lali dengan hukuman. Memahami apa yang mahu disampaikan oleh anak melalui perlakuan mereka lebih baik.

Mendapat khidmat dari pakar untuk pemulihan adalah amat digalakkan. Tetapi tidak menyerahkan sepenuhnya kepada pakar kerana masa anak adalah lebih lama dengan ibu bapa.
Playing, Laughing and Learning with Children on the Autism Spectrum: A Practical Resource of Play Ideas for Parents and CarersAutism's False Prophets: Bad Science, Risky Medicine, and the Search for a CureEducating Children with Autism

No comments:

Post a Comment