03 December 2009

Ritalin Dan Kesan Kepada Anak Autistik Saya

Berikut adalah pengalaman dan pemerhatian ke atas anak saya yang mengalami autisme dan mengambil ubat Ritalin. Ini adalah sekadar maklumat dan bukan muktamad. Kesan Ritalin mungkin berbeza-beza diantara individu.

Anak saya telah mengambil ubat ini setelah disarankan oleh doktor dengan tujuan membuatkannya lebih fokus dan tenang semasa belajar di sekolah. Mula memberikan ubat ini kepada anak saya pada pertengahan tahun 2008. Sebelum mengambil ubat ini, anak saya sememangnya agak sukar untuk mengawal tingkahlakunya dan membuatkannya lebih fokus. Dengan ubat ini anak saya jadi tenang, boleh dikawal dan lebih fokus. Rangsangan ini selama hampir setahun telah memberikan kesan postif dimana anak saya boleh menerima dah memahami arahan, tingkahlaku boleh dikawal (tanpa ubat), lebih fokus dan boleh menunggu (duduk diam diperhimpunan sekolah) sehingga 2 jam.

Bagaimanapun, terdapat kesan sampingan dimana selera makan anak saya menurun. Maka berat badannya turut menurun. Untuk menanganinya, doktor sarankan supaya mengambil vitamin mengandungi lysine untuk merangsangkan selera makannya. Kesan vitamin dan lysine tersebut sekejap sahaja, dan doktor sarankan supaya mencuba vitamin mengandungi lysine jenama yang lain.

9 comments:

  1. En.Zamri, dah berapa lama Hariz ambil Ritalin ye? anak saya Abil tak pernah ambil/diberi sebarang ubat untuk simptom hyperaktif-nya..saya sendiri tak berapa setuju penggunaan ubat sebab takutkan kesan sampingannya. Jadi, saya lebih kepada pengambilan supplement dan jaga diet-nya.

    ReplyDelete
  2. Hariz ambil Ritalin lebih kurang 1 tahun. Dari pemerhatian saya dapati hyperactive nya mengurang tetapi selera makan menurun menyebabkan berat badan menurun. Saya dan isteri buat keputusan tidak mahu meneruskan Ritalin. Kebetulan saya dapat buku "NO MORE ADHD NO MORE RITALIN" menguatkan lagi keputusan kami. Dalam buku tu ada cerita di sebalik Ritalin. Ritalin bukan penyembuh, hanya sejenis ubat untuk mengurangkan simptom. Habis ubat simptom datang balik.

    ReplyDelete
  3. Memang betul tu, Ritalin ni lebih banyak negative effect berbanding yang positive. Lebih baik guna cara alternatif untuk mengurangkan hyper. untuk Abil, saya bagi dia Omega-3 Fish Oil dan juga minum air ECPI, selain malam2 time dia tidur tu, bacakan atau perdengarkan ayat2 Quran.

    ReplyDelete
  4. Dalam buku yang saya baca tu, hyperactive adalah kesan dari pengeluaran hormon adrenalin yang tidak terkawal. Adrenalin pada orang normal keluar hanya dalam keadaan tertentu - contoh boleh melompat menyeberangi longkang besar bila melarikan diri dari sesuatu.

    Tapi pada individu hyperactive, hormon adrenalin sentiasa dirembeskan terutama selepas beberapa jam mengambil gula atau karbohidrat berlebihan berikutan insulin yang banyak dirembeskan untuk membebaskan gula (glukosa) berlebihan dari sistem darah.

    Tapi tak boleh pula kita sekat pengambilan gula. Jadi aturan diet yang betul sangat penting.

    Selain itu dicadangkan supaya menyalurkan tenaga individu hyperactive kepada activiti fizikal dan jadikannya rutin.

    ReplyDelete
  5. Encik Zamri, apa kata cuba berikan Hariz Transfer Factor pula? Kesannya dalam masa 6 bulan akan memberikan kesan. Saya dah berikan kepada anak saya Idris, juga autisme dan GDD, alhamdulilah ianya berkesan.

    ReplyDelete
  6. Puteri: Transfer Factor tu drug ke & apa fungsinya? Ada detail info kat mana boleh refer?

    ReplyDelete
  7. salam.. saya nak tanya sikit. anak saya baru didiagnosakan mengalami adhd dan diberi ubat Methylphenidate. Tetapi apabila dia mengambil ubat tersebut, tingkah lakunya semakin agresif dan sukar dikawal. Adakah anak encik juga mengalami begitu di awal2 pengambilan ubat tersebut?

    ReplyDelete
  8. Autum: Di awal pengambilan ubat tidak menunjukkan tingkahlaku semakin agresif/tidak boleh di kawal. Ia buat anak saya pasif - nmpk mcm lalok.

    ReplyDelete
  9. anak sy 3 tahun autistik dan hyperaktif...dktr sarankan ritalin...ok....dah makan hampir sebulan.....kesannya selepas mkn,dia diam/fokus....tp apabila menjelang tengah hari,dia akan genggam tangan x nk lepas....klu nk buat sesuatu pun xnk buka tangan.....risaunyaaa.....
    pas tu jika dulu dia xsuka minum susu,sekarang ni selalu minta,sehari nk 4 kali habis pla tu...6oz je....
    anak sy ni sebenarnya blm pandai berkomunikasi....ckp 1 1....
    selera makan,sikit ok la....tp klu bnyk tu xdpt la nk habiskan...kdg2 dia muntahkan..mcm loya....

    ReplyDelete