28 November 2010

Pertemuan "Super Mom"

Ahad, 28 Nov 2010.

Hari ini merupakan hari yang menarik. Kami sekeluarga bertemu dengan sebuah lagi keluarga yang mempunyai persamaan. Iaitu Ms. Denise Sia (ibu) dan Dominic (anak). Bapanya (Mr. Adrian) tak dapat bersama atas urusan rasmi syarikat. Ada bersama juga Pn. Syahida Yep yang dapat meluangkan masa bersama.

Terlalu banyak yang mahu dikongsikan dalam masa yang singkat. Mahukan lebih masa tapi apakan daya, anak dah bagi signal untuk bersurai. Disiarkan beberapa gambar untuk tatapan.


26 November 2010

Hariz Di Sekolah



Aksi Hariz Di Sekolah.
Tarikh video: 22 Sept 2010

Hariz Melepak di McD Giant Plentong



Melepak di McD Giant Plentong selepas penat bermain di 'playground' berdekatan sambil membaca majalah gadget handphone. Lihat aksinya bila kita tanya banyak soalan pada dia.

Tarikh video: 06 Nov 2010

Melukis dengan MS-Paint



Hariz melukis menggunakan MS-Paint. Mengawal 'mouse cursor' dengan touch pad.
Tarikh video: 14 Sept 2010

25 November 2010

Anak Autisme & Kamera

Khamis, 25 Nov 2010.

Dalam beberapa minggu kebelakangan ini aku cuba nak rekod video & snap gambar Hariz untuk di simpan sebagai rujukan dan arkib. Alat rakaman yang digunakan - handphone berkamera je. Pada cuti hujung minggu yang lalu aku bawa keluarga ke sebuah taman permainan di Pasir Gudang. Saja jalan jauh sikit. Tujuannya adalah untuk lihat kemahiran sosial Hariz di tempat permainan awam. Ramai kanak-kanak lain yang bermain pada masa  tu.

Jadi, aku rakamlah video Hariz dengan handphone aku. Dengan harapan boleh aku simpan untuk buat arkib & rujukan nanti. Selesai bermain, kita orang beredar dan seperti biasa Hariz akan minta handphone aku untuk dia 'simpan' dalam beg peribadi dia. Pada malam harinya, aku nak transfer lah gambar & video tu ke komputer.  Hampa! Satu pun tak tinggal, habis di padam oleh Hariz.

Hari yang lainnya, ada beberapa kali cuba rakam video Hariz ketika dia sedang melakukan aksi yang sangat bernilai untuk dijadikan rujukan. Tapi hampa lagi. Dia mengelak untuk dirakam dengan berkata "Jangan raka'am" (Jangan rakam), terus berhenti buat aksi.

Tapi dapat juga merakam beberapa aksi Hariz dengan handphone ibunya. Itu pun kena rakam dalam masa yang singkat. Tak boleh lama-lama. Tapi aku akan terus merakam bila ada peluang!

15 November 2010

Zahin - Rakan Senasib Lulus UPSR!

Isnin, 15 Nov 2010.

Keputusan UPSR diumumkan pada 11 Nov 2010 yang lepas. Tapi baru ni aku ada sedikit masa untuk update blog. Zahin atau nama penuhnya Muhd Zahin Jazli Razali, mengambil peperiksaan UPSR pada umur 14 tahun.Beliau penghidap autisme. Walaupun dengan keputusan 5C, pencapaiannya boleh di anggap cemerlang. Dia tidak akan berpeluang ambil peperiksaan ini jika ibunya tidak mendesak guru penyelia pendidikan khas supaya didaftarkan untuk peperiksaan UPSR. Sebelum ini, ada beberapa pelajar 'slow learner' meninggalkan sekolah rendah tanpa mengambil peperiksaan UPSR! Alasan mudah diberikan - "Diorang tak boleh ambik periksa!". Walhal, ada peruntukan khas untuk pelajar pendidikan khas dalam setiap peperiksaan.

Untuk makluman, guru Zahin di dalam gambar itu ialah antara guru yang sudi untuk mengajar Zahin dalam program kelas inklusif. Terima kasih kepada mereka yang membantu. Hanya Allah dapat membalasnya.

13 November 2010

Lagi Hasil Seni Hariz

Sabtu, 13 Nov 2010.

Hasil seni terbaru Hariz.




Siapa Boleh Jawab ??

Sabtu, 13 Nov 2010.

Hari ini Hariz membuat soalan peperiksaan. Siapa boleh jawab dapat hadiah!!!