Ini Hariz, anak aku yang kedua. Dia menghidap autisme. Sukar untuk membayangkan masa hadapannya - boleh kah dia berdikari dan hidup dikalangan orang normal yang kebanyakkan tidak faham?
Disahkan autisme pada umur 3 tahun. Selain autisme, hyper-active juga ada padanya. Antara ciri Hariz adalah kurang peka kepada persekitaran seperti bahaya, panas, tajam, sejuk dan lain-lain; tidak mampu untuk menumpu perhatian pada sesuatu aktiviti walaupun seketika; tidak selesa kepada bunyi-bunyi tertentu antaranya budak kecil menangis; tidak pandai untuk berinteraksi
- sama ada untuk berbicara atau bermain dengan rakan sebaya; suka kepada sesuatu yang bergerak berulang-ulang - contohnya text bergerak di televisyen, pergerakkan buih-buih dalam akuarium dan roda (kereta mainan) yang berpusing; mesti memegang sesuatu apabila kemana-mana; mengeluarkan kata-kata yang tidak jelas dan selalunya tidak boleh difahami; sukar untuk bercakap; sangat aktif.
Itulah antara ciri-ciri yang ada pada Hariz, yang mesti diperbaiki. Namun, ada ciri-ciri yang bagus dipamerkan oleh Hariz antaranya mudah menyebut perkataan-perkataan Inggeris tanpa perlu mengeja; mampu membaca tanpa mengeja; ingatan photographic - boleh mengingati ciri-ciri sesuatu tempat dengan hanya sekali lawatan - di kesan melalui lukisan yang dilakar; berupaya mengaitkan sesuatu perkara baru dengan perkara yang lepas.
Satu perbuatan atau perilaku Hariz yang sangat menguji kesabaran ialah apabila dia meluahkan rasa marah apabila permintaannya tidak dipenuhi. Buka baju, baling barang, baring di lantai, menjerit sekuat hati adalah antara perilaku meluahkan rasa marah atau protes, tanpa mengira tempat. Ini adalah cara Hariz 'negotiate'.
Alhamdulillah, berkat usaha serta bantuan dari Allah Yang Maha Esa, Hariz menunjukkan perkembangan yang positif. Sekarang ini pada usia 8 tahun, Hariz sudah boleh mendengar dan mengikut arahan, mengikuti waktu persekolahan, menulis, melukis, membaca, menyanyi, mengira, kurang hyper, berinteraksi dua hala, membuka dan memakai baju sendiri (walaupun tidak selalu), menyuap nasi sendiri, sedikit peka kepada persekitaran seperti panas, sejuk & tajam (bahaya).
Salam... Semoga Hariz mjadi anak yg soleh dan mampu utk berdikari sendiri suatu hari nanti...Amin
ReplyDeleteP/S :Teringat hariz masa baby.. comel... montel geram kita tgok...