ADHD ialah singkatan kepada Attention Deficit Hypheractive Disorder atau Kecelaruan Hiperaktif Kurang Upaya Tumpuan. Masalah ini biasanya dialami oleh kanak-kanak yang terlampau aktif (tidak boleh duduk diam).
ADHD adalah satu kecelaruan tingkah laku yang biasa terjadi di kalangan kanak-kanak. Ia melibatkan 3 jenis kepayahan:
Kurang tumpuan
* Melakukan banyak kesilapan di dalam kerja sekolah.
* Mempunyai masalah untuk mengatur aktiviti-aktivitinya
* Sering kehilangan barang di rumah dan di sekolah
* Tidak dapat menyelesaikan tugasnya
* Tidak memberi perhatian kepada orang yang sedang bercakap dengannya
* Tidak berupaya mematuhi arahan
* Mengelakkan aktiviti yang memerlukan konsentrasi dan fikiran
* Mudah hilang perhatian
* Pelupa
Hiperaktif
* Menggoyang-goyangkan tangan dan kakinya serta mengeliat dan resah di tempat duduknya
* Meninggalkan kerusinya di kelas walaupun sepatutnya ia duduk di situ
* Berlari-lari dan memanjat-manjat dengan berlebihan (lebih dari kanak-kanak biasa)
* Bising waktu bermain
* Sentiasa bergerak ke sana ke mari (tidak duduk diam)
* Banyak bercakap
Menurut kata hati (Impulsiviti)
* Menjawab dengan spontan walaupun soalan yang diajukan belum habis
* Tidak sabar menunggu giliran
* Sering mengganggu rakan lain semasa mereka bercakap atau bermain
* Tambahan :
- Gejala gejala dapat dikesan sebelum kanak-kanak berumur 7 tahun
- Gejala gejala mestilah telah melebihi tempoh 6 bulan
- Perubahan ini berlaku lebih dari satu tempat atau keadaan seperti di sekolah, rumah, tempat awam
- Perubahan kelakuan tidak setaraf dengan umur kanak-kanak itu
- Tidak ada masalah tumbesaran atau kesihatan
Perubahan perlakuan menimbulkan masalah kepada kanak-kanak itu di sekolah, dengan rakan rakan dan kehidupan hariannya
Sumber: http://nasru.my/
No comments:
Post a Comment