28 September 2016

Hariz 'Outing' Dengan Rakan-Rakan Sekolah

Rabu, 28 Sept 2016.

Hari ini Hariz ada program 'outing' bersama rakan-rakan sekolah. Tujuannya adalah bersosial dan mempelajari cara-cara berbelanja. Tempat yang mereka lawati - KFC & Pasaraya TESCO.

Sebelum berbelanja di Pasaraya TESCO, Hariz dan rakan-rakan makan di KFC. Dia pilih bubur, walhal tak pernah pun pergi KFC makan bubur.



Selepas makan mereka ke Pasaraya TESCO. Ini hasil tangkapan Hariz.



Ini pula foto wajah-wajah gembira semasa ber'outing' dengan guru mereka.





Oh ya... untuk makluman semua ini adalah outing pertama dia tanpa saya atau ibunya menemani... dan dia sangat gembira dan sangat berkelakuan baik... Alhamdulillah.

Terima kasih guru-guru SMK Bandar Rinching.

27 September 2016

Menu Makanan & Hariz

Selasa, 27 Sept 2016.

Dulu bila di tanya nak makan apa, anak autisme saya akan jawab "emm tak tau la nak makan apa" atau sebut saja menu yg biasa dia makan atau saya sebut beberapa menu untuk dia pilih. Tapi baru baru ini dia ambil menu ini dan pilih makanan yang dia mahu. Menu yang di pilih ialah nasi goreng kampung - antara makanan yang dia boleh/suka makan. Alhamdulillah.


25 September 2016

Gulai Ayam, Garfu & Sudu

Ahad, 25 Sept 2016.

Hariz 15 thn. ASD + ADHD. Seorg yg sgt sgt sgt memilih mkn. Bukan sehari dua kami cuba dedahkn dia dgn pelbagai makanan & minuman, tp mkn masa bertahun2 kami lakukan.
Hari ini kami bawa dia ke Restoran Ayam Penyet. Kami order nasi putih berlauk gulai ayam. Habis dia mkn. Dia juga berjaya mencuil daging ayam dgn menggunakan garpu. Satu pencapaian yg buat bibu bangga.

Alhamdulillah...

"Jika kita rasa masalah kita sebesar kapal,
Yakinlah nikmat ALLAH seluas lautan"
Syukur selalu...


~ ibu Nora Yusof ~



22 September 2016

Pautan Laman Web Rujukan Berkaitan Autisme

Kemaskini terakhir: 22 Sept 2016.

PAUTAN KE NGO

Persatuan Autisme Muslim Malaysia (Autisme Malaysia)
Web: www.autisme-malaysia.com
FB: www.facebook.com/groups/autisme.malaysia

Akademi Remaja Islam Autisma (ARISMA)
FB: www.facebook.com/arisma2013

Persatuan Kanak-Kanak Istimewa Bangi
FB: www.facebook.com/fakihbangi

Persatuan Kanak-Kanak Autisma Islam Johor Bahru
FB: www.facebook.com/PKAIJB

Yayasan Faqeh
FB: www.facebook.com/YayasanFAQEH

Sahabat Faqeh Terengganu
FB: www.facebook.com/groups/1517996948520983/

Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia
Web: www.nasom.org.my

Persatuan Autisma Kedah
FB: www.facebook.com/akademiautisma.kedah

Persatuan Autistik Kuching
Web: www.kaa.org.my

Persatuan Autisme Labuan
FB: www.facebook.com/pallabuan

Parent's Resource for Autism
Web: www.pr4a.org.my

Hua Ming Autism Society
Web: www.autism.org.my



PAUTAN KE KEMENTERIAN & AGENSI KERAJAAN

Program Permata Kurnia
Web: www.programpermata.my/en/kurnia
FB: www.facebook.com/permatakurniaofficial

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat (KPWKM)
Web: www.kpwkm.gov.my

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
www.jkm.gov.my

Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)
Web: www.pdknet.com.my

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
Web: www.moe.gov.my
Web: www.moe.gov.my/my/bpkhas

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
Web: www.moh.gov.my