03 December 2009

Pengalaman Anak Autitik Mencabut Gigi

Mencabut gigi bagi orang normal - ada yang takut dan ada yang tidak. Macam mana pun keadaan boleh di kawal. Bagi anak autism ia bukan sesuatu yang menyeronokkan. Pengalaman pertama mencabut gigi bagi anak autism kurang memberangsangkan. Saya terpaksa memeluk dan memegang kaki & tangan anak supaya tidak meronta. Walaupun dianggap berjaya, namun saya rasakan tidak patut dilakukan sebegitu. Pada pengalaman kali kedua, saya rasa ianya berjaya tanpa menggunakan kekerasan/paksaan dan sepatutnya diperlakukan sebegitu. Jadi, berikut tip-tip yang boleh saya kongsikan yang mungkin berguna untuk anda:-

1. Dapatkan khidmat doktor gigi yang boleh bertolak ansur, faham situasi anak autism serta tahu bagaimana hendak melayannya. Layanan yang baik akan buat anak autism selesa dan boleh bekerjasama.

2. Hanya buat pemeriksaan pada temujanji pertama. Cabut gigi pada temujanji kedua dan seterusnya. Ini mengelakkan anak autism menjadi fobia untuk cabut gigi atau ke hospital/klinik.

3. Berikan hadiah sebagai galakkan setelah selesai cabut gigi.