23 December 2010

Cerita Menjelang Sesi Sekolah 2011

Khamis, 23 Dec 2010.

Cerita 1:

Kalender kuda bulan Disember 2010 diwarnai dengan warna kuning menandakan cuti. Dan Hariz memang dah arif tentang ini. Jadi, sebagai menyediakan minda Hariz untuk sesi sekolah 2011, kita orang selalu sebut "Ni bulan Disember cuti, Januari sekolah ya". Hariz jawab "OK!". Itu jawapan 2 minggu lepas. Sekarang jawapan dia "Disember la bu! Tak nak Januari!".

Apa kita orang buat, buang kalender Disember 2010 tu dan ganti dengan kalender baru Januari 2011. Bila dia nampak dia kata, "Eh! Dah tukar", kemudian dia 'spot' ada warna kuning di kalender, "Haa cuti!!". Tau cuti apa tu? Cuti tahun baru 1 Jan 2011!


Cerita 2:

Dalam perjalanan pergi ikan, isteri kata pada Hariz, "Hariz budak??", Hariz jawab, "Baik!!!". Kemudian isteri sambung kata "Budak baik kena pergi sekolah", tanpa lengah Hariz kata "Jahat bu.!! Tak yah pergi sekolah"... haa cam ne tu??

18 December 2010

Beli Baju Sekolah Baru!

Sabtu, 18 Dec 2010.

Petang tadi pergi Kip Mart Kota Tinggi cari baju sekolah baru untuk Hariz dan abangnya. Agak mengagumkan sebab Hariz tak sebut pun ayat "Esok tak sekolah yah!". Ayat ni wajib disebutnya bila ada perkara berkaitan sekolah. Tapi tak tau lagi bila tiba hari ke sekolah nanti. Tadi siap boleh cuba seluar sekolah baru. Senangnya.

Satu lagi, kali ni tak bawa troli. Saja bagi kebebasan sikit, nak tengok tingkahlaku dia. Semakin lama semakin teruja dengan sekitarannya, riak nampak macam nak lari-lari. Tapi masih boleh di kawal dengan arahan suara saja.

Next, cari kasut pula.

11 December 2010

Hariz Pergi Melancong (6 hari tu...)

Sabtu, 11 Dec 2010.

Untuk pertama kalinya kami bawa Hariz melancong lebih dari 3 hari - dari 06~11 Dec 2010, dan pergi ke tempat yang bukan kegemaran dia (tempat kegemaran dia - water park / pantai / apa-apa yang ada air!).

06 Dec 2010, 8.45 pagi kami bergerak menuju ke Cameron Highlands. Sepanjang perjalanan (setelah masuk ke lebuhraya) dia asyik kata "Ayah, kita pergi Sri Saujana yah", balik rumah lah tu maksudnya. Aku jawab, "Kita nak pergi Cameron Highlands ni, lepas pergi sana kita baliklah ye.". Dia diam dan buat aktiviti sendiri sambil meninjau sekitar lebuhraya. Selang beberapa ketika dia ulang lagi kata-kata tu, aku pun ulang jawapan. Alhamdulillah, sampai gak akhirnya di Cameron Highlands jam 4.30 petang dan Hariz tidak tantrum. Cuaca agak sejuk sebab hujan di atas sana.

Singgah bermain dan minum di R&R Dengkil



Saat tiba di bilik hotel...abg dia punya la sejuk, dia macam biasa je...

Malam harinya, kami keluar mencari makanan. Singgah di pasar malam, kena pau dengan Hariz. Dia mintak Plasma Light.


07 Dec 2010, dalam cuaca pagi yang dingin dan berkabus kami keluar berjalan-jalan ke Cactus Point, Taman Rama-Rama, Ladang Strawberi, Ladang Lebah...jalan sampai penat. Di Cactus Point Hariz pilih satu pokok kaktus belang-belang. Di Taman Rama-Rama Hariz bemain dengan rama-rama. Untuk beberapa ketika Hariz   dapat lupakan rumahnya di Sri Saujana.

Hariz dan ibu

Bergambar  di balkoni sebelum keluar berjalan-jalan.

Sebelum masuk di Cactus Point.

Kaktus pilihan Hariz... macam nyamuk katanya (sebab belang-belang mcm nyamuk)

Hariz & abang tolong ibu pilih kaktus.

Di kedai cenderahati, tak ada yang berkenan di hati.

Di ladang strawberi.

Rama-rama hidup di tapak tangan Hariz!

Dapat tangkap seekor rama-rama (nasib penjaga tak nampak), siap nak bawak keluar

Lagi aksi 'berani' dengan rama-rama

Gembira di Taman Lebah, lupa sekejap Sri Saujana (rumah)

Post bujang memikat lebah

Happy macam lebah kat belakang tu!


08 Dec 2010, check-out dari hotel dan bergerak menuju ke Kuala Lumpur. Dalam pada nak turun dari Cameron Highlands sejauh 40KM dengan jalan yang mencabar pemandu rally amatur, Hariz mengulangi ayat "Ayah, kita pergi Sri Saujana yah". Berapa kali aku pun tak kira. Sabar aje lah. Dalam perjalanan ke KL, pun sambung lagi ayat tu. Jawab aje la. Setiba di KL (Kg Baru), tawaf 3 kali sebelum dapat tiba di hadapan hotel, itu dengan bantuan tourist guide GPS. Kalau tak, mau abis minyak keta. Siap je check-in, hujan selebat-lebatnya sampai maghrib, so dok hotel je lah. Di hotel, siaran TV tak banyak dan Hariz buat masa ni 'alergi' dengan siaran TV3, lantak tengok Vision Four je. Sabor... sabor...

Sebelum bergerak ke KL

Sarapan dulu sebelum turun...

Check email di Ladang Teh Bharat

Diraikan dengan hujan lebat setibanya di KL

Berehat di bilik hotel.

09 Dec 2010, seperti yang dirancangkan pergi ke Aquaria KLCC, Taman Burung dan Taman Rama-Rama. Di Aquaria KLCC, Hariz teruja dengan Electric Cat Fish, Moth Life Cycle, Frog Life Cycle & conveyor tunnel. Hariz ulang tengok semua tempat yang di sebut tu sekurang-kurangnya sebanyak 2 kali, masuk tunnel pun 2 rounds. Yang lain-lain dia tak teruja sangat. Tapi yang bagusnya, Hariz tak teruja nak bermain air kolam tu, mungkin sebab ada ikan kot.

Breakfast di hotel sebelum ke Aquaria, makan nasi lemak + sambal pedas, bertambah tu...

Inilah Electric Cat Fish yang Hariz suka sangat tu.

Asyik dengan display Moth Life Cycle, ada la 5 minit kat sini

Teruja dengan kitaran hidup rama-rama

Frog Life Cycle, kat sini pun amik masa agak lama sebelum ke display seterusnya. Dah sampai kat tunnel boleh
balik semula ke sini.

Hariz, abang dan ibu di dalam tunnel.

Belakang tu wallpaper je...

Bukan suka tengok haiwan yang ada dalam air tu, suka main kat  situ. Nasib baik boleh di pujuk
ke display seterusnya.

Hariz di dalam tunnel.

Post di tepi kolam Taman Burung

Cuba nak pegang bulu merak

Di pintu masuk Taman Burung, di sambut oleh sekawan burung bayan

Ni pun cuba nak  pegang

Kena kejar dengan burung merak!

Di ruang pameran Taman Rama-Rama, teruja tengok replika ulat beluncas



10 Dec 2010, destinasi seterusnya ke Zoo Negara dan Planetarium Negara. Hari ini dia masih ulang ayat nak balik rumah. Tapi masih boleh  negotiate. Di zoo, Hariz malas nak jalan, naik trem singgah kat kawasan harimau, tengok-tengok harimau dan singa. Lepas tu terus naik trem lagi ke tempat pertunjukkan. Lepas pertunjukkan terus menuju keluar. Di Planetarium Negara, Hariz sangat teruja sebab boleh barang pameran dan bermain di Anti-Gravity Zone. Lupa kejap pasal nak balik Sri Saujana.

Sampai je terus naik trem.

Di kandang harimau.


Ni baru lepas tengok harimau dan singa

Sesampai di Planetarium Negara

Teruja dengan bintang yang berkumpul di jari bila skrin di sentuh

Dalam Anti-Gravity Zone

Di Anti-Gravity Zone, masuk dalam ni rasa pening lalat sikit. Hariz rilek je.

Berinteraktif dengan sistem

Tindakbalas laku bila ada baby menangis

Astrologist sedang bertugas

Angkasawan masa depan

Di hadapan pintu masuk Planetarium