30 December 2011

Perbualan Dalam Perjalanan Beli Tiket Bas

Jumaat, 30 Dec 2011.

Semasa di rumah, beberapa jam sebelum keluar rumah:

Ayah: Hariz, kita balik Johor nak?
Hariz: Alaaaa...
Ayah: Ayah nak amik kereta Viva...
Hariz: Alaaa!!!

{tak nak la ni}


Dalam perjalanan ke terminal bas untuk beli tiket:

Hariz: Gi mana ni yah?
Ayah: Kita nak pergi beli tiket bas.
Hariz: Tiket bas..?
Ayah: Ye, kita nak balik Johor.
Hariz: Alaaaa...!


Sesampai di terminal bas, muka nampak gembira ceria je... Beli tiket pun Hariz tak kisah... Lepas beli tiket dia terus ajak naik bas!! Adeii... tak sabarlah pulak...nasib dia boleh terima bila kata naik bas hari esok.

Kesimpulan yang aku dapat - suasana sekitaran yang cantik, teratur dan bersih mempengaruhi emosinya sekaligus dapat mengubah persepsi dan keputusannnya, walaupun pada awalnya berkeras tidak mahu.

26 December 2011

Dulu Nak Berlari Saja, Sekarang Nak Duduk Saja

Isnin, 26 Disember 2011.

Kalau dulu susah nak keluar jalan-jalan di mall/pasaraya sebab Hariz asyik nak berlari saja bila dapat peluang 'terlepas' dari pantauan. Lagi-lagi bila pergi ke tempat yang memang kesukaan dia. Dia berjalan dihadapan sambil menarik kita. Tapi sekarang sudah berubah. Dia boleh berjalan seiring sambil berpegangan tangan, sekali sekala tidak berpegang tangan dan dia masih boleh berjalan beriringan. Tapi timbul pulak tingkahlaku lain (tak lah memudaratkan) iaitu kerap nak duduk macam penat sangat berjalan. Tak kisahlah atas kerusi, lantai beralas/tak beralas, troli, rak, kotak dan sebagainaya, asalkan dapat duduk. Bagusnya, dia tak melilau tak tentu pasal. Playground dia dah tak teruja nak main. Tapi dalam hati ada sedikit kerisauan kenapa dia asyik nak duduk saja. Mungkin penat sungguh atau mungkin ada masalah kesihatan lain yang aku belum tahu, atau dah bosan dengan aktiviti jalan-jalan. Apa pun, Alhamdulillah dengan perubahan ini sebab mudah sikit bila berada di tempat-tempat awam. Boleh dedahkan dia dengan persekitaran yang pelbagai dengan harapan dia dapat belajar sebanyak yang boleh.

Sebahagian  rakaman semasa aktiviti jalan-jalan:











16 December 2011

Hariz & Abang Haziq Pindah!!

Jumaat, 10 Dec 2011.

Hari ini masanya tiba untuk Hariz dan abangnya Haziq berpindah ke tempat baru. Lama menanti saat ini, hanya untuk lihat reaksi Hariz. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar di mana Hariz tak sabar-sabar untuk bergerak ke tempat baru sesudah barang habis di angkut ke dalam lori. Mindanya sekarang sudah bersedia untuk suasana sekolah baru, tapi tak tahu lagi apa bakal terjadi bila sesi sekolah bermula. Aku serahkan kepada Allah Yang Maha Esa.

Namun begitu, ada sedikit kesukaran untuk 'menanam' istilah pindah dalam mindanya di peringkat awal iaitu kira-kira satu bulan yang lepas, dimana hanya aku sahaja pindah ke tempat baru dan balik pada hujung minggu. Pada tempoh itu, ibunya memainkan peranan 'menanam' istilah pindah dan aku pula setiap hari telefon. Hariz didapati mula bersedia/menerima istilah pindah bila masuk minggu ke tiga. Pada minggu akhir, Hariz sudah tidak sabar untuk pindah ke tempat baru bila ibunya membungkus barang-barang. Alhamdulillah, setibanya dirumah baru dia tidak mengalami apa-apa gangguan atau tantrum sebab tak ada internet dan tv. Sebagai alternatif dia ada PS1.

Itulah tempoh yang diperlukan untuk Hariz menerima perubahan (besar) dalam hidupnya.

Dengan pengalaman ini timbul persoalan dalam fikiran aku..... Apakah orang lain (selain dari ibu bapa kandung) boleh faham keadaan ini?? Maksud aku boleh memberi ruang dan peluang secukupnya, serta sabar, untuk lihat anak-anak autisme berubah, belajar dan segalanya.

02 December 2011

Hariz Ingin Bercerita!

Jumaat, 02 Dec 2011.

Dah sebulan takde entry baru. Aku pun bukannya pandai mengarang hahaha. Tapi memang kelam kabut sikit bila bertukar tempat kerja. Banyak yang harus diuruskan. OK cerita baru pasal Hariz. Hari ni bila aku balik dia excited tapi bukan mengejar aku, ke hulu ke hilir dengan muka riang menunjukkan ekpresi gembira.

Masa duduk-duduk sambil menonton TV, Hariz sibuk tunjuk video rakamannya dalam Samsung Tab sambil ingin bercerita mengenainya. Tampak sangat payah bagi dia untuk mengeluarkan kata-kata dan menyusun ayat. Kasihan aku lihat dia, aku kena bantu. Aku cuba fahami apa yang dia ingin katakan kemudian aku menyusunkan ayat, bertanya apa yang berlaku dan cerita semula kisah video rakamannya tu dengan seringkas dan semudah yang boleh. Dia mengulangi setelah aku menyusunkan ayat sehingga tiga-empat kali. Jadi aku kena konsisten. Nampak dia berpuashati bila dapat bercerita. Dia ada imaginasi tapi tapi masih sukar untuk di luah dengan kata-kata.

Aku dah ada rancangan untuk rangsang pertuturannya, mudah-mudahan dapat dilaksanakan tak lama lagi.

~

12 November 2011

Lagu 'I Give The Best Of Me'

Tribute to Umar Hasfizal. Dah lama buat klip ni. Baru ni dapat publish kat sini. Enjoy!


Maklumat lanjut di http://www.umarhasfizal-cd.webs.com

27 September 2011

Bertemu Farah & Famili Di Johor Bahru

Jumaat, 23 Sept 2011.

Hari ini Hariz bertemu lagi dengan rakan iaitu Farah yang pernah bertemu di Shah Alam setahun yang lalu. Kali ini bertemu di Johor Bahru. Walaupun pertemuan yang singkat ianya berbaloi. Terima kasih kepada Farah dan keluarga kerana dapat meluangkan masa.

Nasib dapat snap :)

The fathers...

The mothers...

26 September 2011

Ziarah Raya 2011 P.Khas

Isnin, 20 Sept 2011.

Hari ini rumah dikunjungi oleh pelajar-pelajar pendidikan khas (sekolah Hariz) bersama guru-guru. Sedikit gambar untuk tatapan.

Saat ketibaan.

Buka kasut & susun.

Cantikkan... anak normal pun susah nak suruh susun macam ni.

Sebentar, makanan dihidangkan...

Jom makan!

Sedap ni!

Alahai....

Dah makan, tengok tv.

Bacaan doa oleh pelajar.
Keberangkatan pulang...



Terima kasih kerana sudi singgah.

22 September 2011

Beraya di rumah Irfan

Ahad, 18 Sept 2011.

Hari ini Hariz beraya di rumah Irfan. Ada sama Dzarif dan Abil. Masing-masing dengan haluan dan perangai tersendiri. Hariz membuat sedikit 'kejutan' bila menanggalkan seluar tanda memprotes sebab permintaannya untuk segera pergi tak dipenuhi. Dengan 'perjanjian' dia kembali OK, melayan PSP sampai waktu balik. Sedikit gambar untuk tatapan.





15 September 2011

Sedikit Kisah Hariz Dengan Gambar


Cubaan pertama aku menceritakan kisah melalui gambar. Menggunakan perkakasan IT memang tiada masalah, tapi sukar untuk menghasilkan karya yang ada nilai seni. Harap tercapai maksud.

01 September 2011

Lawatan Ke Petrosains

Rabu, 20 Julai 2011.

Pada hari ini aku bawa keluarga ke Petrosains di KLCC. Mendedahkan Hariz kepada persekitaran awam dan melihat reaksi balas. Seperti biasa Hariz menjadi teruja dengan setiap alatan/permainan sains yang dipamerkan. Dalam banyak permainan sains yang dipamerkan, ada dua yang menarik perhatian aku iaitu 'Mindball' dan 'drum beat'.

Mindball adalah permainan berkaitan gelombang minda di mana bebola akan bergerak ke pihak lawan bila fikiran pemain berada dalam keadaan tenang, dan terdapat monitor menunjukkan gelombang minda secara realtime.

Hariz menentang abangnya dalam permainan Mindball - keputusan: tiada pemenang :)
Player 2 = Hariz


Drum beat pula permainan berkaitan denyutan jantung di mana pengetuk drum secara automatik memukul gendang mengikut rentak jantung seseorang. Rentak gendang amat laju bila tiba giliran Hariz :)




Berikut pula beberapa gambar sekitar lawatan di Petrosains.


















29 July 2011

Potong Markah!

Ahad, 24 Julai 2011.

Ini kisah terbaru Hariz yang aku rasa berbaloi untuk di kongsi dengan para pembaca. Pada 19 Julai 2011 yang lepas Hariz hadir ke sesi speech therapy swasta. Sesi kali ini dilakukan secara berkumpulan (dua orang aje dalam kumpulan tu) bagi meningkatkan lagi kemahiran berinteraksi. Dalam sesi ini therapist menggunakan kaedah reward-penalty di mana, disenaraikan kriteria yang harus diikuti semasa sesi terapi berlangsung, dan mereka akan diberikan bintang sebagai reward bila mematuhi kriteria yang ditetapkan.Manakala, bintang akan di padam/buang bila melanggar atau tidak mematuhi kriteria. Antara kriteria yang ditetapkan - Senyap, Mendengar, Melihat...

Dalam setiap permainan Hariz akan sentiasa mahu menang. Jadi ianya mendorong Hariz untuk mengikuti apa yang diprogramkan dalam sesi itu. Apa yang bagusnya kaedah dalam sesi ini amat berkesan hingga boleh diaplikasikan di rumah, di mana kami akan beri markah bila dia berkelakuan baik atau mengikuti apa yang diarahkan, dan tolak markah bila sebaliknya. Alhamdulillah, bertambah mudah untuk mengawal tingkahlaku yang kurang elok dan menggalakkan tingkahlaku baik.

Apa yang menarik terkesan dari kaedah ini... baca dialog dibawah:

Senario 1:
Hariz: Ibu nak nasi!
Ibu: Ok, ibu ceduk nasi ye.
Hariz: Nanti tambah markah.

Senario 2:
Ibu: Hariz, pergi mandi.
Hariz: Tak nak!
Ibu: Pergi mandi, nanti main komputer lagi.
Hariz: Takkk nak!
Ibu: Ibu potong markah ye.
Hariz: Jangan! Jangan!