23 December 2009

Guru Terbaik Hariz Pindah Sekolah

Dec 2009.

Pada tahun hadapan Hariz tak akan jumpa lagi dengan guru terbaik/kesayangannya iaitu Cikgu Syazwan kerana beliau berpindah mengajar ke sekolah lain. Bukan Hariz sahaja yang rasa kehilangan, malah murid-murid yang lain. Ada kisah di sebalik perpindahan ini - yang tak elok didedahkan di sini. Cuma mengharapkan yang hadir mengganti dapat mengisi tempat seperti sebelumnya.

17 December 2009

Tingkahlaku Terbaru Hariz


Dec 2009.


Sejak Nov 2009 yang lepas, Hariz menunjukkan tingkahlaku terbarunya iaitu meminta-minta beli sesuatu tanpa (mungkin) memahami kegunaan sebenar benda tersebut. Apa sahaja iklan yang terpapar di televisyen akan dimintanya untuk di beli. Antara contoh ayat yang digunakan oleh Hariz:

"Ayah.... belikan cat nippon paint solar effect tiga! Tiga berus kecik aje!". Minta supaya beli cat nippon seperti dalam iklan tv.

"Ibu.... Hariz nak super power kacip fatimah..!". Minta supaya beli produk superpower.

"Ayah... beli top padat". Minta supaya beli sabun top.

Semuanya adalah pengaruh iklan!

Selain meminta-minta supaya dibelikan sesuatu mengikut kehendaknya, Hariz juga meminta-minta supaya pergi ke tempat-tempat yang dia mahu. Antara ayat-ayat Hariz:

"Ayah, pergi carefour".

"Ayah, pergi kip mart".

"Ayah, pergi tesco".

"Ibu, pakai tudung, dah nak keluar ni". Menyuruh ibunya memakai tudung supaya dapat pergi keluar berjalan atau ke destinasi seperti ayat di atas. Lazimnya, ibu akan pakai tudung apabila hendak keluar ke kedai, pasar raya dan lain-lain.

Bagaimana menghadapinya dan menanganinya?? Aku pun tak tahu cara yang tepat untuk menanganinya. Apa aku buat? Buat trial & error berdasarkan saranan-saranan dari artikel dan buku-buku. Tak semua boleh digunapakai tapi harus di cuba terlebih dahulu sebelum membuat kesimpulan. Yang pasti aku mesti faham tingkahlaku, gerak geri dan membaca fikiran Hariz. Dari situ aku boleh kenalpasti kaedah mana yang boleh digunakan. Kadang-kadang perlu cipta kaedah khas untuk Hariz. Tapi ada juga kaedah yang tidak boleh digunakan pada masa lalu boleh digunakan untuk masa sekarang.

Moralnya: Gunakan kaedah menangani tingkahlaku anak-anak seperti Hariz mengikut keadaan semasa serta berterusan mengkaji tingkahlaku anak-anak. Tingkahlaku berubah mengikut peringkat umurnya.

Autism Spectrum Disorders: Psychological Theory and ResearchAutistic Spectrum Disorders: An Introductory Handbook for Practitioners

16 December 2009

Hariz Cabut Gigi Lagi!

Dec 2009

Dalam bulan ini Hariz bertemu lagi dengan doktor gigi! Antara perkara yang dia takuti, aku pun sama sebab takut pada reaksi yang tak di jangka. Masuk kali ini sudah bertemu dengan 4 doktor gigi. Tiga doktor swasta dan satu doktor kerajaan. Kesemuanya mengenakan cara yang berlainan di mana tiga yang pertama termasuk doktor kerajaan, aku rasa kurang arif mengendali pesakit seperti Hariz. Ada yang tak sanggup nak layan, ada yang guna kekerasan dan ada yang teragak-agak. Untuk kali yang ke empat ini cara doktor itu sungguh menyakinkan dan berjaya mencabut gigi Hariz tanpa paksaan - berjaya mendapat kerjasama dari Hariz.

Doktor itu menyapu terlebih dahulu ubat bius (seperti gel) di gusi yang hendak di suntik. Selepas beberapa ketika barulah doktor itu menyuntik ubat bius di gusi. Jadi, Hariz tidak rasa sakit bila di suntik. Dengan sedikit pujukan gigi berjaya di cabut dan Hariz tidak meronta-ronta.

Moralnya: Kerjasama dan sefahaman antara doktor dan ibu bapa penting untuk membentuk keadaan selamat dan selesa bagi anak-anak seperti Hariz untuk menjalankan rawatan.

03 December 2009

Hariz Budak Autistik


Ini Hariz, anak aku yang kedua. Dia menghidap autisme. Sukar untuk membayangkan masa hadapannya - boleh kah dia berdikari dan hidup dikalangan orang normal yang kebanyakkan tidak faham?

Disahkan autisme pada umur 3 tahun. Selain autisme, hyper-active juga ada padanya. Antara ciri Hariz adalah kurang peka kepada persekitaran seperti bahaya, panas, tajam, sejuk dan lain-lain; tidak mampu untuk menumpu perhatian pada sesuatu aktiviti walaupun seketika; tidak selesa kepada bunyi-bunyi tertentu antaranya budak kecil menangis; tidak pandai untuk berinteraksi
- sama ada untuk berbicara atau bermain dengan rakan sebaya; suka kepada sesuatu yang bergerak berulang-ulang - contohnya text bergerak di televisyen, pergerakkan buih-buih dalam akuarium dan roda (kereta mainan) yang berpusing; mesti memegang sesuatu apabila kemana-mana; mengeluarkan kata-kata yang tidak jelas dan selalunya tidak boleh difahami; sukar untuk bercakap; sangat aktif.

Itulah antara ciri-ciri yang ada pada Hariz, yang mesti diperbaiki. Namun, ada ciri-ciri yang bagus dipamerkan oleh Hariz antaranya mudah menyebut perkataan-perkataan Inggeris tanpa perlu mengeja; mampu membaca tanpa mengeja; ingatan photographic - boleh mengingati ciri-ciri sesuatu tempat dengan hanya sekali lawatan - di kesan melalui lukisan yang dilakar; berupaya mengaitkan sesuatu perkara baru dengan perkara yang lepas.

Satu perbuatan atau perilaku Hariz yang sangat menguji kesabaran ialah apabila dia meluahkan rasa marah apabila permintaannya tidak dipenuhi. Buka baju, baling barang, baring di lantai, menjerit sekuat hati adalah antara perilaku meluahkan rasa marah atau protes, tanpa mengira tempat. Ini adalah cara Hariz 'negotiate'.


Alhamdulillah, berkat usaha serta bantuan dari Allah Yang Maha Esa, Hariz menunjukkan perkembangan yang positif. Sekarang ini pada usia 8 tahun, Hariz sudah boleh mendengar dan mengikut arahan, mengikuti waktu persekolahan, menulis, melukis, membaca, menyanyi, mengira, kurang hyper, berinteraksi dua hala, membuka dan memakai baju sendiri (walaupun tidak selalu), menyuap nasi sendiri, sedikit peka kepada persekitaran seperti panas, sejuk & tajam (bahaya).

Autism Spectrum Disorders: Psychological Theory and ResearchAutistic Spectrum Disorders: An Introductory Handbook for Practitioners

02 April - Hari Autisme Sedunia

02 April ialah hari autisme sedunia. Tahun 2009 adalah tahun yang kedua Malaysia (penganjuran oleh NASOM - National Autism Society of Malaysia) menyambut hari autisme ini.

Visit NASOM - http://www.nasom.com.my or http://nasom.my.diip.net/

Antara Ciri-Ciri Anak Autisme

* Tidak menghiraukan orang lain.
* Kelihatan tidak sensitif pada keperluan, perasaan dan pemikiran orang lain.
* Tidak mahu bertentang mata atau menunjukkan ekspresi muka apabila bercakap.
* Tidak suka sentuhan (tidak mahu di pegang atau di peluk).
* Susah bekerjasama, berkongsi atau menunggu giliran.
* Lebih suka bermain sendiri.
* Tidak berminat dalam permainan yang menggunakan imaginasi.
* Lambat bercakap.
* mempunyai masalah bercakap dan memahami percakapan orang.
* Tidak boleh berkomunikasi dengan baik.
* Bercakap dalam nada pelik seperti menyanyi atau bercakap macam robot.
* Sukar memulakan percakapan. Kalau berbual hanya satu pihak (hanya mereka yang bercakap).
* Mungkin mengulang perkataan sama tetapi tidak memahami maksudnya.
* Autisme dengan sindrom Asperger menggunakan bahasa rasmi dan bercakap seperti orang dewasa.
* Suka melakukan perkara sama (berulang) dan tidak mahu menerima perubahan.
* Menunjukkan minat pelik contohnya terhadap peta, peralatan elektronik atau roda kereta mainan berpusing dan memutar objek.
* Sangat sensitif terhadap rasa, bau dan bunyi yang menyebabkan mereka menunjukkan perlakuan di luar kawalan.
* Mempunyai pergerakkan badan yang pelik dan melakukannya berulang-ulang.
* Tidak boleh duduk diam.
* Menunjukkan keinginannya dengan tangan orang lain.
* Suka mengasingkan diri - biasanya kekecewaan ditunjukkan melalui tindak balas negatif seperti mengamuk, marah-marah dan agresif.
Ten Things Every Child with Autism Wishes You KnewThe Autism Sourcebook: Everything You Need to Know About Diagnosis, Treatment, Coping, and HealingAutism Spectrum Disorders: The Complete Guide to Understanding Autism, Asperger's Syndrome, Pervasive Developmental Disorder, and Other ASDsTen Things Your Student with Autism Wishes You Knew

Mendidik Anak Autisme

Ayat pendek, mudah dan perkataan disebut satu persatu dengan jelas adalah asas untuk berkomunikasi dengan semua kanak-kanak, terutama yang mengalami masalah autisme. Melalui pendekatan betul, kanak-kanak autisme yang sering dianggap bermasalah sebenarnya boleh belajar dengan baik dan berdikari.

Selagi kita belum kenal dan tahu mengapa mereka menunjukkan kelakuan pelik, jangan cepat memberi label kepada kanak-kanak autisme hanya kerana mereka dilahirkan begitu.

Kelahiran mereka memberi kita peluang untuk berfikir lebih kreatif menjaga dan mendidik golongan ini. Memang diakui tidak mudah mendekati mereka kerana ciri yang ada pada mereka - tidak pandai bersosial, kemahiran komunikasi yang terhad dan suka bersendirian.

Secara fizikalnya mereka sama seperti kanak-kanak. Yang membezakan mereka ialah tingkahlaku individu autisme.

Kita masih boleh berkomunikasi dengan kanak-kanak autisme melalui gerak badan, renungan mata, ekspresi muka dan penggunaan gambar.

Mendidik anak autisme memerlukan kesabaran dan kreativiti, dan ada antara ibubapa berputus asa dan menyerahkan tugas mendidik kepada guru sepenuhnya. Namun tindakkan ini kurang tepat kerana pengajaran harus bersambung di rumah.

Pendekatan menghukum tidak boleh digunakan kerana lama kelamaan mereka akan lali dengan hukuman. Memahami apa yang mahu disampaikan oleh anak melalui perlakuan mereka lebih baik.

Mendapat khidmat dari pakar untuk pemulihan adalah amat digalakkan. Tetapi tidak menyerahkan sepenuhnya kepada pakar kerana masa anak adalah lebih lama dengan ibu bapa.
Playing, Laughing and Learning with Children on the Autism Spectrum: A Practical Resource of Play Ideas for Parents and CarersAutism's False Prophets: Bad Science, Risky Medicine, and the Search for a CureEducating Children with Autism

Pengalaman Anak Autitik Mencabut Gigi

Mencabut gigi bagi orang normal - ada yang takut dan ada yang tidak. Macam mana pun keadaan boleh di kawal. Bagi anak autism ia bukan sesuatu yang menyeronokkan. Pengalaman pertama mencabut gigi bagi anak autism kurang memberangsangkan. Saya terpaksa memeluk dan memegang kaki & tangan anak supaya tidak meronta. Walaupun dianggap berjaya, namun saya rasakan tidak patut dilakukan sebegitu. Pada pengalaman kali kedua, saya rasa ianya berjaya tanpa menggunakan kekerasan/paksaan dan sepatutnya diperlakukan sebegitu. Jadi, berikut tip-tip yang boleh saya kongsikan yang mungkin berguna untuk anda:-

1. Dapatkan khidmat doktor gigi yang boleh bertolak ansur, faham situasi anak autism serta tahu bagaimana hendak melayannya. Layanan yang baik akan buat anak autism selesa dan boleh bekerjasama.

2. Hanya buat pemeriksaan pada temujanji pertama. Cabut gigi pada temujanji kedua dan seterusnya. Ini mengelakkan anak autism menjadi fobia untuk cabut gigi atau ke hospital/klinik.

3. Berikan hadiah sebagai galakkan setelah selesai cabut gigi.

Tentang ADHD

ADHD ialah singkatan kepada Attention Deficit Hypheractive Disorder atau Kecelaruan Hiperaktif Kurang Upaya Tumpuan. Masalah ini biasanya dialami oleh kanak-kanak yang terlampau aktif (tidak boleh duduk diam).

ADHD adalah satu kecelaruan tingkah laku yang biasa terjadi di kalangan kanak-kanak. Ia melibatkan 3 jenis kepayahan:

Kurang tumpuan

* Melakukan banyak kesilapan di dalam kerja sekolah.
* Mempunyai masalah untuk mengatur aktiviti-aktivitinya
* Sering kehilangan barang di rumah dan di sekolah
* Tidak dapat menyelesaikan tugasnya
* Tidak memberi perhatian kepada orang yang sedang bercakap dengannya
* Tidak berupaya mematuhi arahan
* Mengelakkan aktiviti yang memerlukan konsentrasi dan fikiran
* Mudah hilang perhatian
* Pelupa


Hiperaktif

* Menggoyang-goyangkan tangan dan kakinya serta mengeliat dan resah di tempat duduknya
* Meninggalkan kerusinya di kelas walaupun sepatutnya ia duduk di situ
* Berlari-lari dan memanjat-manjat dengan berlebihan (lebih dari kanak-kanak biasa)
* Bising waktu bermain
* Sentiasa bergerak ke sana ke mari (tidak duduk diam)
* Banyak bercakap


Menurut kata hati (Impulsiviti)

* Menjawab dengan spontan walaupun soalan yang diajukan belum habis
* Tidak sabar menunggu giliran
* Sering mengganggu rakan lain semasa mereka bercakap atau bermain
* Tambahan :
- Gejala gejala dapat dikesan sebelum kanak-kanak berumur 7 tahun
- Gejala gejala mestilah telah melebihi tempoh 6 bulan
- Perubahan ini berlaku lebih dari satu tempat atau keadaan seperti di sekolah, rumah, tempat awam
- Perubahan kelakuan tidak setaraf dengan umur kanak-kanak itu
- Tidak ada masalah tumbesaran atau kesihatan

Perubahan perlakuan menimbulkan masalah kepada kanak-kanak itu di sekolah, dengan rakan rakan dan kehidupan hariannya

Sumber: http://nasru.my/
Taking Charge of ADHD: The Complete, Authoritative Guide for Parents (Revised Edition)The ADD & ADHD Answer Book: Professional Answers to 275 of the Top Questions Parents AskIs It You, Me, or Adult A.D.D.? Stopping the Roller Coaster When Someone You Love Has Attention Deficit Disorder

What is Ritalin?

Generic Name: methylphenidate (METH il FEN i date)
Brand Names: Concerta, Metadate CD, Metadate ER, Methylin, Methylin ER, Ritalin, Ritalin LA, Ritalin-SR

Ritalin is a mild central nervous system stimulant. It affects chemicals in the brain and nerves that contribute to hyperactivity and impulse control. Ritalin is used to treat attention deficit disorder (ADD), attention deficit hyperactivity disorder (ADHD), and narcolepsy (an uncontrollable desire to sleep). When given for attention deficit disorder, Ritalin should be an integral part of a total treatment program that includes psychological, educational, and social measures. Ritalin may also be used for other purposes not listed in this medication guide.

Ritalin Dan Kesan Kepada Anak Autistik Saya

Berikut adalah pengalaman dan pemerhatian ke atas anak saya yang mengalami autisme dan mengambil ubat Ritalin. Ini adalah sekadar maklumat dan bukan muktamad. Kesan Ritalin mungkin berbeza-beza diantara individu.

Anak saya telah mengambil ubat ini setelah disarankan oleh doktor dengan tujuan membuatkannya lebih fokus dan tenang semasa belajar di sekolah. Mula memberikan ubat ini kepada anak saya pada pertengahan tahun 2008. Sebelum mengambil ubat ini, anak saya sememangnya agak sukar untuk mengawal tingkahlakunya dan membuatkannya lebih fokus. Dengan ubat ini anak saya jadi tenang, boleh dikawal dan lebih fokus. Rangsangan ini selama hampir setahun telah memberikan kesan postif dimana anak saya boleh menerima dah memahami arahan, tingkahlaku boleh dikawal (tanpa ubat), lebih fokus dan boleh menunggu (duduk diam diperhimpunan sekolah) sehingga 2 jam.

Bagaimanapun, terdapat kesan sampingan dimana selera makan anak saya menurun. Maka berat badannya turut menurun. Untuk menanganinya, doktor sarankan supaya mengambil vitamin mengandungi lysine untuk merangsangkan selera makannya. Kesan vitamin dan lysine tersebut sekejap sahaja, dan doktor sarankan supaya mencuba vitamin mengandungi lysine jenama yang lain.