01 February 2011

Mengurus Tingkahlaku: Berasa takut/cemas ketika hendak memakai/menanggalkan baju

Selasa, 30 Jan 2011.

Tingkahlaku:
Beliau berasa amat takut atau cemas ketika kita hendak menyarungkan dan menanggalkan baju dari arah kepalanya. Sehingga mengelak-elak bila hendak memakaikannya baju. Mungkin keadaan gelap dan rasa seperti lemas membuatkannya begitu.

Tindakan:
Kami pastikan baju dapat disarungkan atau ditanggalkan melalui kepalanya dengan sekali cubaan sahaja.

Kesan:
Kami perhatikan dengan memastikan baju dapat disarungkan atau ditanggalkan dengan sekali cubaan dapat meningkatkan keyakinan beliau dalam menghadapi situasi ‘gelap’ atau ‘lemas’.

No comments:

Post a Comment