06 February 2011

Apa Reaksi Anda Bila Di Situasi Ini?

Salam.

Beberapa hari yang lalu, kami hadir untuk temujanji OT Hariz pada sebelah pagi. Sesi sebulan++ sekali itu biasanya dikendalikan oleh anggota pekerja tetap dalam masa cukup satu jam. Kali ini kami disambut oleh dua orang pelajar praktikal dan sesi berlangsung tak sampai satu jam dilaksanakan oleh pelajar praktikal itu. Kami rasa ianya sememangnya bagus bagi memperbanyakkan lagi tenaga mahir untuk mengendali sesi terapi cara kerja.

Tetapi ada perkara yang menggusarkan kami, iaitu kami dapati sesi itu dilaksanakan oleh pelajar praktikal tanpa bimbingan dari penyelia mereka (kami lihat pelajar praktikal tersebut bawa Hariz ke bilik terapi tanpa penyelia). Fikir saya sesi tersebut dilaksanakan tanpa merujuk rekod perkembangan sebelumnya (kami tak dapat melihat, kerana pintu di tutup, jadi kami mendengar dari balik pintu). Bertanyakan perkembangan dari temujanji terakhir pun tidak, maka bagaimana anak itu hendak mendapat kebaikkannya. Sudahlah begitu, sesi tak cukup satu jam dan aku kena ambil cuti satu hari. Hendak jadi cerita lagi, Hariz agak aktif pada ketika itu. Maka ketua jurupulih ada soalan - "Ada bagi dia ubat?"; dan ada juga saranan - "Jangan bagi makanan yang ada pewarna". Kami rasa kalau dia ada rekod lengkap perkembangan Hariz, dia tak akan cakap macam tu. Sudahlah jumpa satu jam dalam sebulan++ sekali, komen macam jumpa selalu.

Aku rasa lemau..... apa kamu rasa?

5 comments:

  1. rasa lemau jugak kot..dorang macam tak buat homework. tapi rata2 senario di kebanyakan hospital kerajaan mmg gitu la rasanya..haihh..

    ReplyDelete
  2. ..`sesi tak cukup satu jam dan aku kena ambil cuti satu hari' (plus the long waiting hours). I also feel it's time consuming to go government hospital. My son had appointment for about 1-2 years at GH (zero annual leave masa itu) but when he got a position at SPICES, EIP, the psychiatrist `discharged' him. Sometimes, i feel `lost track' for not continued GH consultation, i wish to arrange some GH appointment to `track back' my son's progress.

    ReplyDelete
  3. geram gak.. len kali tanya je apa yyg tak puas kat hati @ luahkan.. saya pun selalu byk tanya sampai nak tak nak diaorg terpaksa explain & buat elok2 sbb kalau tak, nanti saya tanya lagi..hehe.. mesti diaorg serabutkan kalau ramai parent cam saya nih!

    ReplyDelete
  4. itulah keadaannya. semoga berubah kepada yang lebih baik pada masa depan.

    ReplyDelete
  5. sy antar anak terapi kat spital putrajaya. Alhamdulillah nampaknya ok pelajar2 praktikal kat situ. Anak sy masuk 4 tahun dan dia didiagnosis mengalami Syndrome Pierre Robin dan juga GDD. Cuma setiap kali OT sy x masuk lam bilik tu. Kalau sy masuk anak sy x mo buat pun. Cuma utk Speech jer sy join dlm 1/2 jam jer. Kalu sy x masuk, sy biasanya hanya mengintai dr celah2 cermin r pintu kat situ utk nengok aktiviti yg dilakukan. Kadang2 ada student yg bgtau sy apa yg perlu dibuat utk meningkatkan lg kemahiran anak sy.

    ReplyDelete