12 February 2011

Tayangan Inspirasi

Berikut adalah cerita-cerita yang pernah aku tonton:

Mercury Rising - sebuah kisah seorang Ejen FBI melindungi seorang kanak-kanak autistic bernama Simon selepas ibubapanya di bunuh kerana disyaki dapat memecahkan kod sulit. Keistimewaan yang ditonjolkan dalam watak Simon, dia boleh menterjemah kod sulit yang mengandungi mesej rahsia, dan sangat tajam ingatan.




Tare Zameen Par - sebuah cerita mengenai seorang kanak-kanak yang menghidap disleksia. Sebuah cerita yang aku rasa berjaya memaparkan cabaran dan rintangan sebagai seorang disleksia dan orang yang ingin membantunya, lantas menjadikannnya seorang yang berjaya dan dapat di terima oleh masyarakat.






Temple Grandin - sebuah cerita benar mengenai seorang yang bernama Temple Grandin penghidap autisme. Cerita mengisahkan bagaimana menghadapi kesukaran menyesuaikan diri di dalam masyarakat. Seorang guru yang peka telah membuka ruang dan peluang untuk beliau berjaya dalam hidupnya. Beliau kini bergelar Professor.





My Name Is Khan - lagi sebuah cerita bollywood mengisahkan seorang penghidap autisme yang mengembara hingga ke Amerika untuk bertemu dengan Presiden Amerika. Banyak yang berlaku sepanjang pengembaraannya. Sedikit sebanyak dapat meningkatkan kesedaran mengenai autisme.





Ocean Heaven - sebuah cerita lakonan Jet Li yang mengisahkan cabaran seorang bapa menjaga, mendidik dan membesarkan seorang anak autisme. Beliau amat risau akan masa depan anaknya apabila beliau tiada lagi di dunia ini.









Rainman - sebuah cerita mengisahkan seorang abang yang menculik adiknya yang menghidap autisme sebagai alat untuk mendapat sejumlah wang selepas kematian ayah mereka.

4 comments:

  1. mesti ditonton cerita2 sebegini.. at least kita tahu memberi reaksi yg baik bila kita bertemu individu sebegini dan bukannya memandang mereka dgn pandangan yg melukakan hati ibu-bapa mereka.. (utk parents yg tidak memiliki anak istimewa seperti ini)

    ReplyDelete
  2. Rainman, MNIK saya dah tengok. Temple Grandin, Ocean Heaven, work-in-progress :)

    ReplyDelete
  3. rasa macam semuanya saya tak tgk lagi....argghhhhh...masa utk menonton sgt limited sekarang ni..

    ReplyDelete