Hari ini merupakan hari yang penuh dengan aktiviti luar. Seawal jam 9.30 pagi meninggalkan rumah untuk sesi OT di HSI. Begitu bersemangat Hariz hendak ke sesi OT kali ini. Dari malam sebelumnya, berulang kali sebut "Tidur ni, esok siang pagi nak pegi OT". Tentu anda semua tertanya-tanya kenapa Hariz begitu bersemangat. Emm... sebab selepas sesi OT di mahu ke Tesco yang betul-betul di sebelah HSI, nak main di Playland. Alhamdulillah, sesi OT nya berjalan lancar, setelah selesai OT terus menuju ke Tesco untuk layan Hariz bermain di Playland.
Bermain di Playland, Tesco |
Sudah beberapa kali kami bawa dia bermain di Playland itu. Untuk pertama kali, kami agak gementar bila lepaskan dia bermain di situ sebab bercampur dengan kanak-kanak kecil. Almaklumlah Hariz kan berbadan besar, takut-takut terlanggar atau terpijak anak orang. Sehingga hari ini kemahiran sosialnya nampak ada peningkatan di mana dia boleh bergurau senda dengan kanak-kanak lain yang baru pertama kali dia jumpa. Berdasarkan pemerhatian, Hariz mudah untuk berinteraksi dengan kanak-kanak yang lebih kecil dari dia. Kami tak tahu sebabnya. Macam mana pun setakat ini tidak ada lagi insiden yang tidak diingini berlaku.
Selesai bermain di Playland Tesco, bergerak ke Jusco - pun kat sebelah Tesco tu aje. Kali ini sebenarnya permintaan dari ibunya. Di dalam Jusco, Hariz berkelakuan amat baik. Lalu di hadapan Toys 'R' Us, kedai handphone & komputer rilek je. Amat memberangsangkan. Tidak lama kemudian dia mintak masuk di Restoran Rasamas, nak makan katanya. Bila dah masuk, dah pesan nasi ayam tak mahu makan pula. Nak makan sup cendawan katanya, aduss... Pesan sup cendawan, habis dia makan semangkuk. Yang menariknya, dia buat crossword puzzle yang ada kat atas meja tu sementara menuggu pesanan sampai. Pesanan dah sampai pun dia masih buat sambil makan. Dapatlah jumpa 10 perkataan dari 25 perkataan dengan usaha sendiri.
Buat puzzle di Restoran Rasamas |
Keluar dari Jusco, menuju ke Daiman Bowling Centre. Kali ini melayan si abangnya pula. Dah lama ajak nak main boling. Risau juga bila bawa Hariz bersama takut sejarah berulang. Masa Hariz berumur 6 tahun (jika tak silap), pernah bawa Hariz bermain boling di tempat yang sama. Hariz tak mahu berhenti bermain boling, keadaan agak huru hara bila permainan ditamatkan. Tantrum guling-guling atas lantai di tambah dengan jeritan. Kali ini situasinya amat-amat berbeza. Dia sangat teruja, boleh menunggu giliran untuk membaling dan boleh tamatkan permainan tanpa tantrum. Bermain 3 game - daya fokus dalam game pertama sangat bagus tetapi sudah tidak ada fokus bila masuk game ketiga bila mana ada orang lain bermain di lorong sebelah.
Aksi di Daiman Bowl |
Score Hariz yang bawah tu |
dah lama tak main bowling..wahh! kena try bawak abil main bowling ni ;p
ReplyDeletejommm... dah promise dgn Hariz March nanti main lagi...
ReplyDelete