15 February 2011

Mengurus Tingkahlaku: Rasa Terganggu Dengan Suara Tangisan

Tingkahlaku:
Beliau sensitif dan mudah rasa terganggu mendengar suara budak menangis. Pada ketika catatan ini di buat, beliau masih lagi mudah rasa terganggu dengan tangisan budak. Aras rasa terganggu mengikut kuatnya tangisan yang didengarnya. Apabila mendengar tangisan budak, fasa pertama - beliau akan meninjau siapakah yang menangis dan memerhati, fasa kedua – beliau akan menunjukkan reaksi balas dengan cuba pergi ke budak yang menangis dan cuba memujuk dengan caranya (yang memang tidak sesuai), dan fasa ketiga – beliau boleh bertindak melakukan sesuatu untuk menghentikan tangisan. Dalam mana-mana fasa beliau boleh ‘tantrum’ apabila di halang.

Tindakan:
Diperingkat awal di mana beliau sukar untuk di kawal, kami akan segera membawa beliau jauh dari suara tangisan yang menggangunya. Diperingkat di mana beliau boleh mendengar penerangan dari kami, kami memberitahunya sebab kenapa budak itu menangis. Dan kami akan melihat reaksi balasnya. Sekiranya, positif kami akan terus kekal di situ, jika negatif kami akan membawanya beredar dari situ.

Kesan:
Walaupun tingkahlakunya belum hilang sepenuhnya, kami dapati lama-kelamaan beliau dapat menerima penerangan kenapa budak itu menangis. Tetapi ketika emosinya kurang tenang, beliau kadang kala tidak boleh menerima penerangan kami.

No comments:

Post a Comment