25 March 2011

Karya Seni Dengan MS-PowerPoint

Jumaat, 25 Mac 2011.

Hari ini aku baru balik setelah berada lima malam di Petaling Jaya. Tapi bukan itu yang aku nak cerita. Biasanya, aku akan perhatikan perubahan yang berlaku sepanjang ketiadaan aku. Kekadang tak perasan ada perubahan bila dah hari-hari di depan mata.

Jadi, bila aku sampai di rumah, Hariz dengan tidak sabar menunjukkan hasil kerja komputernya. Hasil kerjanya seperti di gambar:














Sebelum ini Hariz akan memasukkan imej atau gambar yang di ambil dari laman web. Tapi kali ini hanya logo TV3 yang di ambil dari laman web dan yang lain-lain tu dia lukis menggunakan tools yang ada dalam PowerPoint. Setiap objek itu adalah berasingan di susun satu persatu. Seni ini berinspirasikan montaj TV3 yang terkini. Menurut isteri aku, seni ini disiapkan dalam masa sehari.

4 comments:

  1. a computer engineer in the making :)

    ReplyDelete
  2. Marvellous lah Hariz..! Zam: baik engko fokuskan especially kat art class.

    ReplyDelete
  3. syahida & nizam:

    ada 2 perkara yang dominan pada Hariz:
    (1) melukis
    yang ni sejak dia pandai pegang pensil dgn baik, tapi kebanyakkan karyanya berdasarkan apa yang di lihat dengan sedikit pengubahsuaian.

    (2) bahasa
    kebolehan rendah berbanding melukis tapi dia tahu apa itu bahasa melayu, english, chinese, tamil & arab; cuba bercakap dalam bahasa chinese/tamil bila berjumpa dgn org cina/india

    Art Class - sedang dipertimbangkan, mana tau boleh jadi graphic designer / art director...

    ReplyDelete
  4. kreatifnya hariz.. mmg patut cuba dikembangkan..

    ReplyDelete