Selasa, 15 Mac 2011.
Hari gembira lagi bagi aku. Hariz buat pertama kali gunting rambut di kedai setelah lebih empat tahun tidak mahu menjengah ke kedai gunting rambut. Masa mula-mula dulu terpaksa pegang dia kuat-kuat supaya tukang gunting dapat jalankan tugasnya. Perlu kuat dan pantas! Masa itu Hariz belum lagi jalani terapi SI. Amat tidak suka di pegang terutama di bahagin tengkuk/kepala. Berikutan dari cara paksaan, dia menjadi fobia dengan kedai gunting. Jadi selepas itu aku beli mesin sendiri, gunting kat rumah aje. Mula nak buat pun kena paksa juga, lama-lama dia OK.
So, lepas gunting rambut selesai dia mintak Chocotop McD. Reward! Nantikan sesi gunting rambut yang akan datang, apakah perkara sama akan berlaku.
Salam
ReplyDeleteSesungguhnya saya juga megalami situasi satu ketika dulu bila mahu memotang rambut...
"Berat mata memandang berat lagi bahu memikul" anugerah ilahi.. alhamdulilah..
Alhamdulillah..tumpang seronok. tggu turn Abil pulak lepas ni :)))
ReplyDeleteDzariff memang tak suka kedai gunting rambut dari kecik lagi. Tapi masa tu taktau pun dia autisme. Jadi saya ingat dia sajer je la nangis ngada-ngada. Ku paksa gak...sebab nak gunting sendiri tak reti. Bila tau dia autisme, dzariff pun dah overcome 'gunting rambut phobia'. Settle masalah!
ReplyDeleteAssalamualaikum..
ReplyDeleteBlog walking di blog akak dan saya dah baca beberapa artikel tentang Hariz ni. Banyak bagi saya gambaran tentang kanak-kanak autistik dan insha Allah membantu kerjaya saya di masa depan.
Sekarang ni, saya tengah kumpul bahan untuk menulis tentang autism sempena hari kesedaran autism, 2 April nanti. niat saya, nak orang ramai tahu tentang mereka dan ibu bapa lebih peka. Insha Allah, niat nak masukkan blog2 tentang mereka termasuk blog ni dalam resources.
Akak boleh melawat blog saya untuk tinjau2 apa yang saya sedang buat ye.
Terima kasih. Salam singgah dari heliantuse [dot]com ^_^
heliantuse: terima kasih singgah di blog saya... pembetulan - saya 'abang' bukan 'akak'... tapi tak mengapa.
ReplyDeletesaya hargai usaha awak. semoga mendapat pentunjuk dan hidayah dari Allah serta dipermudahkan.