29 September 2010

Kisah Bersamamu Di TV3

Rabu, 29 Sept 2010.

Hari ini jam 9.30 malam, TV3 dalam rancangan Bersamamu menyiarkan kisah seorang ibu bernama Pn. Norhashimah menjaga seorang anak autistik, Nazmi, berumur 15 tahun. Juga menjaga saudara kandungnya yang menghidap 'schizophrenia'. Tiada pekerjaan tetap, berjualan kuih adalah satu-satunya sumber pendapatan disamping mendapat bantuan dari pihak JKM. Ia satu ujian yang amat amat besar berbanding aku. Tak pasti kalau itu terjadi kepada aku.

Tingkahlaku Nazmi ada banyak persamaan dengan Hariz. Nazmi disahkan menghidap autisme semasa berumur 3 tahun. Nasib tidak menyebelahinya kerana bapanya meninggal dunia ketika dia berumur 6 tahun. Namun, Hariz lebih bernasib baik kerana mendapat perhatian dan rawatan berbanding Nazmi. "YA ALLAH! Aku bersyukur atas pemberian Mu untuk Hariz, berikanlah perkara yang sama kepada insan bernama Nazmi dan ibunya."

8 comments:

  1. simpati saya pada anak-anak istimewa dari kalangan keluarga yang kurang mampu. Semoga Tuhan memelihara dan memurahkan rezeki mereka. Amin.

    ReplyDelete
  2. begitulah kehidupan...meski ada yang memandang...mempertikaikan tiap apa yang berlaku...masih tetap ada yang memandang...mensyukuri nikmat yang Dia anugerahkan...

    di mana pun diri diletakkan tak mungkin diri adalah yang tertinggi...tidak akan mungkin jua diri adalah yang terendah...pasti ada sahaja insan yang lebih...pasti ada sahaja insan yang kurang...

    saling menerima sesama insan..sedayanya redha dengan ketentuan-Nya...ada ruang untuk memahami..ada ruang untuk membantu..pada yang kurang...ditambahkan...pada yang lemah...dipapah..

    dengan harapan agar dapat kembali kepada fitrah..dalam menuju keredhaan-Nya...

    wallahu'alam..

    ReplyDelete
  3. Sejak malam tadi, saya lebih jelas tentang anak2 austitic. Selama ni duk baca dari blog kawan2 je. Betul2 mencabar kesabaran seorang ibu/ayah jika tidak dirawat ye. Harap2 anakistimewa terus gigih mendidik Hariz..

    ReplyDelete
  4. smoga nazmi akn mdapat jagaan yg lbh rapi slepas ni.......

    ReplyDelete
  5. salam kenal ye..semoga terus gagah and bersabar dalam mgahrungi cabaran membesarkan anak istimewa ini..insyaalah ganjaran Allah akan berlipat ganda buat puan ya

    ReplyDelete