Sudah lama ingin bercerita dalam blog mengenai perkara ini, tapi agak bimbang dengan persepsi pembaca - takut di anggap percaya pada perkara tahyul. Setelah berfikir untuk beberapa ketika, saya ambil keputusan untuk kongsi juga cerita ini.
Ketika Hariz berumur antara 3-4 tahun, dia sangat hyper-active sehingga mengadu kesakitan hanya jika sakit tu sangat sakit (contoh berlari dan terlanggar meja atau kerusi), tidak menerima arahan (tidak faham) dan tidak upaya mengenal/mengesan bahaya disekelilingnya mahu pun apa yang dilakukannya.
Jadi, bila waktu mandi tu kami perasan ada beberapa kesan lebam di badan. Pada awalnya kami anggap ianya normal akibat dari tingkahlaku hyper-active tu. Entah macam mana kami terperasan, lebam hilang dalam masa 1 hari sahaja dan timbul lebam di bahagian yang lain. Dan kami sangka salah lihat tempat lebam tersebut, maka kami buat pemerhatian. Penemuan dari pemerhatian adalah amat mengganggu kami di mana benar kesan lebam hilang dalam masa 1 hari dan berubah dari satu bahagian kebahagian yang lain. Persoalan pertama kami "Kenapa jadi macam ini?".
Jadi kami membuat andaian ini bukan masalah kesihatan tapi ada kaitan dengan gangguan makhluk halus. Maka kami temui seseorang (bukan bomoh yang pakai menda2 mengarut untuk ubat orang sakit) yang saya panggil ustaz untuk 'diagnose'. Keputusannya adalah positif!! Memang ada gangguan makhluk halus. Kami pun terus buat perancangan untuk rawatan atas nasihat dan bimbingan ustaz. Alhamdulillah, kesan lebam yang boleh berubah-ubah dalam masa yang singkat tidak berlaku lagi. Dan, selain itu kami perhatikan tingkahlaku hyper-active menurun sedikit, mula memberi respon bila arahan di beri dan sedikit peka pada persekitaran (bahaya dsb).
Jadi, ini sekadar untuk maklumat dan tidak semestinya sama untuk kes anda sekiranya mempunyai anak seperti anak saya.
hhmm...cerita dr mulut ke mulut..yg saya dgr anak istimewa mmg mudah didampingi oleh makhluk halus kerana mereka agak lemah. Lemah dalam pelbagai keadaan.. tak tahulah kesahihannya. alhamdulillah Hariz dah ok..
ReplyDelete