Isnin, 27 Sept 2010.
Buat kali pertama rakan-rakan Hariz di kelas pendidikan khas bersama-sama guru mereka ziarah ke rumah sempena hari raya tahun ini. Tahun yang sudah ada program ziarah hari raya ni, tapi Hariz tak di bawa bersama atas alasan sukar untuk di kawal. Alhamdulillah, tahun ini Hariz akan di bawa untuk ziarah hari raya ke rumah rakan-rakannya bersama-sama guru mereka.
Aku tiada di rumah sebab kerja, isteri yang melayan mereka. Menurut isteri aku, mereka amat gembira dan suka dengan menu simple - bihun sup + sambal kicap. Bertambah walaupun pedas, sedap katanya. Sampai pecahkan 1 mangkuk kena sepak (letak sepah-sepah :) ). Tak mengapa asal mereka gembira.
Semoga tahun hadapan mereka datang berziarah lagi.
wah..kiranya ada perubahan yg sgt positif pada hariz ye.. Alhamdulillah..
ReplyDeleteye, bersyukur sangat.
ReplyDelete