Ini pun adalah cerita yang saya bimbang akan persepsi pembaca. Tapi saya rasa bagus untuk dikongsi sebagai maklumat.
Beberapa bulan yang lalu (sekarang ini September) dalam tahun 2010, seorang sepupu perempuan kepada Hariz telah diganggu oleh makhluk halus. Jadi, kami melawat ke rumah sepupunya itu kerana ingin mengetahui keadaan dan situasinya. Kebiasaanya, Hariz akan masuk ke rumah dan minta untuk mandi (antara perlakuan berulang Hariz bila berada di tempat-tempat tertentu). Agak, pelik kali ini bila dia bersungguh-sungguh tak mahu turun dari kereta. Sanggup menangis sekuat hati daripada turun kereta. Untuk makluman ketika itu, sepupunya itu masih lagi dalam keadaan tak sedarkan diri. Untuk kali pertama ini kami hanya biarkan dia di dalam kereta untuk mengawal keadaan. Mungkin hari yang lain dia akan turun dari kereta.
Setelah berlaku insiden itu, ada beberapa kali kami bawa Hariz melawat ibu bapa kepada sepupunya itu semasa ketiadaan sepupunya. Tapi dia masih lagi tak mahu turun dari kereta. Bila kita tanya kenapa tak mahu turun, dia tak mahu jawab. Mungkin tak tahu macam mana nak cakap apa yang dia rasa, atau tak berani nak cakap, wallahualam.
Kami berpendapat ini tidak elok untuk Hariz. Mungkin disebabkan insiden kali pertama itu, kelakuannya menjadi trend. So, pada hari raya ke 6, kami rancangkan supaya datang ke rumah sepupunya itu dan masuk ikut pintu dapur (selalunya ikut pintu depan). Mulanya, tak mahu masuk juga. Tapi kami pujuk dan beri ganjaran sedikit, kami berjaya bawa dia masuk. Walaupun riaknya ada rasa takut-takut namun kami gembira dengan situasi ini.
Kesimpulannya adalah di samping kesabaran, kita harus kaji dan terus mencuba kaedah sedia ada atau mencipta kaedah baru untuk selesaikan sesuatu masalah/situasi yang kita hadapi bersama anak autisme ini.
Abil juga pernah takut untuk masuk 1 tandas di rumah mak saya. Rumah tu ada beberapa tandas. Tapi yang 1 ni memang dia cukup takut. Entah kenapa. Masa tu tak terpikir pulak bab2 mistik ni. Mungkin ada kena mengena kot. Sekarang ni tandas tu dah diubah suai, dia dah ok. Kalau tidak, menjerit-jerit dan menangis-nangis kalau disuruh masuk tandas tu.
ReplyDeletesama mcm ank sy...slalu ktakutan bila mahu ke tndas,dan dlm bilik dia sendiri...sy di sini dgn brani mngatakan dia seolah2 nmpak sesuatu yg kita tdak nmpak....
ReplyDelete