19 October 2010

"Nanti ayah balik kita pegi klinik eh!"

Isnin, 18 Oct 2010.


Baru balik dari Port Dickson setelah 3 hari jalani kursus motivasi. Macam biasa isteri aku akan buka cerita dia sepanjang ketiadaan aku. Tiga hari punya cerita... emm tau aje la. Tapi ada satu cerita pasal Hariz yang sangat menarik.

Isteri aku kurang sihat badan, ada batuk-batuk kecil dan macam nak demam selesema. Jadi, dia kata pada Hariz, "Hariz, ibu sakit niii...". Kemudian Hariz menujukkan riak muka seperti berfikir untuk beberapa ketika dan terhamburlah kata-kata "Nanti ayah balik kita pegi klinik eh!". Isteri aku kata dia hampir nak menangis bila dengar kata-kata Hariz.

Alhamdulillah, semakin baik pertuturannya & komunikasinya.

4 comments:

  1. seronoknya...mudah2an Abil pun boleh bercakap macam tu juga, bila sampai waktunya insyAllah :-)

    ReplyDelete
  2. Bagusnya..pandai berkata2 & memilih perkataan yg sesuai.. harapan saya cam syida jugak..semoga suatu hari nnt anak istimewa kami boleh bertutur sedemikian..AMIN..

    ReplyDelete
  3. adakalanya Allah membuka jalan pada ketika kebuntuan menyinggah...ada ketika Allah memberi sesuatu pada ketika waktu yang tidak pernah dijangka...

    kerana semuanya milik-Nya...dan semua berlaku mengikut ketentuan-Nya...

    meskipun demikian...harapan serta doa semoga tergolong di kalangan hamba-Nya yang sabar dan redha menerima tiap ketentuan-Nya...mensyukuri tiap anugerah-Nya..dan semoga tiap ujian yang datang adalah kerana kasih sayang...belas kasihan daripada-Nya....

    ketentuan Allah adalah Rahsia Allah...

    Wallahu'alam...

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum
    Subhanallah
    terharunya saya
    Maha Kaya Allah
    atas rasa prihatin Hariz

    ReplyDelete