27 January 2011

Mengurus Tingkahlaku: Teliti tetapi kurang sabar terutama bila tidak dapat melakukan/menyiapkan sesuatu.

Jumaat, 28 Jan 2011.

Tingkahlaku:
Beliau ialah seorang yang teliti. Contohnya, dapat melukis semula objek dengan ciri terperinci yang diingatinya dengan baik. Namun, beliau akan ‘tantrum’  bila tidak dapat melukis apa yang dikehendaki. Menunjukkan tingkahlaku yang sama bila melakukan aktiviti lain.

Tindakan:
Biasanya kami akan memujuk beliau atau mengalihkan kepada perkara lain untuk mengelakkan ‘tantrum’. Cuba bantu beliau untuk melukis objek yang diinginkan. Menentu-tetapkan jangka masa untuk aktiviti melukis.

Kesan:
Kami dapati sukar untuk menentu-tetapkan masa aktiviti melukisnya kerana dia sangat obsesi pada ketika melukis dan merasakan tidak puas jika mengikut masa yang ditetapkan. Mengalihkan kepada perkara lain adakalanya berjaya dan sebaliknya. Bagaimanapun, tingkahlaku ini berubah ke arah positif (boleh di kawal) apabila umurnya meningkat. Mungkin faktor kematangan dengan peningkatan umur.

2 comments:

  1. Tantrum, kalau tidak dikawal mmg buruk kesannya.Semakin umur meningkat, semakin tantrum berkurangan. Saya setuju, Abil pun macam tu. Tapi, saya rasa faktor-faktor lain pun memainkan peranan juga sebab anak anak autisme yang sebaya atau lebih dewasa masih tantrum dan susah nak 'reda'.

    ReplyDelete
  2. Hariz amat peka pada tonasi suara. Kalau menegur dengan tonasi lawak/kelakar/main-main dia selalunya akan OK.

    ReplyDelete