Ahad, 16 Jan 2011.
Semalam, kami sekeluarga balik ke rumah atuk Hariz. Singgah hantar barang pasar pesanan neneknya. Kisah ini berlaku sewaktu balik dari rumah atuknya. Kebetulan, bapa saudara Hariz pun ada sama. Masa nak balik tu Hariz melompat masuk ke kereta bapa saudaranya tu dan tak mahu turun. Bapa saudaranya kata tak apalah biar dia hantar nanti. Kami agak risau bila tinggalkan dia sendirian dalam kereta orang lain untuk pertama kali. Kami di belakang kereta bapa saudaranya sepanjang perjalanan keluar dari rumah neneknya sehingga di simpang jalan utama, kami terus balik ke rumah dan Hariz ikut bapa saudaranya singgah di suatu tempat untuk mengambil barang.
Setibanya di rumah, bapa saudaranya menceritakan yang Hariz menangis sambil berkata "Ibu tak sayang Hariz...ibu tinggalkan Hariz....". Bila keluar dari kereta bapa saudaranya, Hariz ulang-ulang skrip tu, dan sekali tu memeluk ibunya macam dah lama kena tinggal. Nasib baik dia tak mengamuk, kalau tak tak tahulah.
Alahai syahdunya....Ya Allah, mudah2an saya juga berpeluang mndengar kata2(bukan yang bermaksud negatif, tapi lebih kpd keupayaan meluah perasaan)sebegitu daripada Abil.Amin
ReplyDeletesaya pun tak expect dia boleh cakap macam tu...
ReplyDeleteala kesiannya.. mesti sedih sgt tu smpai jd camtu..
ReplyDelete