09 April 2011

Nafas Baru Buat Hariz & Rakan-Rakan

Sabtu, 09 April 2011.

Secara peribadi aku merasakan hari ini merupakan hari bersejarah kerana buat pertama kalinya para ibubapa dan guru berkumpul bagi membincangkan rancangan pembelajaran bagi setiap murid. Yang pertama semenjak pendidikan khas diadakan. Syabas kepada pihak sekolah kerana menganjurkan sesi tersebut. Kehadiran ibubapa bagi aku amat memuaskan - hanya tiga keluarga tidak dapat hadir.

Dimulakan dengan penerangan mengenai perancangan program-program luaran yang telah digariskan menunggu perlaksanaan bergantung kepada maklumbalas dari pihak pejabat pendidikan. Kemudian diikuti dengan penerangan program-program kemahiran hidup yang telah disusun di peringkat sekolah. Sangat bermanfaat kepada ibubapa kerana tahu serba sedikit mengenai perancangan untuk anak-anak di sekolah.

Selepas itu guru mengadakan satu sesi penerangan yang sedikit terperinci mengenai rancangan pendidikan individu khusus bersama ibubapa. Dalam sesi ini memberi peluang kepada kedua-dua pihak bertukar maklumat mengenai setiap anak. Suatu permulaan yang sangat baik bagi aku. Mengeratkan silaturahim, menghapuskan prasangka dan salah maklumat.

Bagi aku sesi ini menberikan nafas baru kepada Hariz dan rakan-rakannya. Harap mereka akan lebih ceria untuk bersekolah, dapat mengikuti pembelajaran dalam suasana hamonis dan dapat menguasai apa yang telah diajarkan.

SYABAS! Kepada para guru kerana melakukannya dengan baik. Hanya Allah dapat membalasnya.