19 April 2011

Hariz Dan Officer Bank

Selasa, 19 April 2011.

Hari ini aku bawa Hariz bersama ke bank atas satu urusan. Tapi bukan urusan untuk Hariz, urusan aku. Sampai di bank, aku guide Hariz supaya duduk di kerusi menunggu sementara aku berurusan di kaunter nombor giliran. Sekilas pandang dari kaunter tu Hariz dah tak ada di tempat duduk tu, melilau mata aku mencari. Rupanya dia duduk di kerusi tetamu di stesen kerja Manager. Fuh, nasib baik dia tak usik apa-apa! Untuk mengelakkan perkara luar jangkaan, aku arahkan Hariz duduk di stesen kerja lain yang laku rasa lebih 'selamat'.

Kemudian datang seorang Officer perempuan (ayu dan lemah lembut) duduk di meja bersama Hariz. Aku beri isyarat padanya yang itu anak aku. Selesai isi borang aku pun duduk kat meja tu. Kemudian berlakulah komunikasi di antara Hariz dan officer tu seperti di bawah:

Officer: "How old are you?" (mengulangi 3 kali)

Hariz: "Sepuluh" (sambil tunduk tersipu-sipu malu)

Officer: "Nak duduk sini?"

Hariz: "Nak!" (sambil tunduk tersipu-sipu malu, lagi)

Officer: "Ayah nak balik tu, tinggal?"

Hariz: "Ok bye..."

Dalam hati aku "Wah! Wah! Wah! Tak leh jadi nih..., pantang deal dengan perepuan ayu". Aku pun mintak diri dan bawa Hariz pergi. Tapi sebelum tu, officer tu mintak Hariz salam dia, Hariz pun dengan segeranya salam dan cium tangan... ermm.

Ayat Hariz di pintu bank "Best la bank ni". Ni nak ajak pergi lagi la ni.