17 March 2010

Komunikasi Hariz Bertambah Baik

Rabu, 17 Mar 2010.

Alhamdulillah, kemahiran komunikasi Hariz semakin baik. Sekarang dia boleh membalas cakap atau memberi jawapan dalam setiap sesi komunikasi. Antaranya,

Aku kata, "Hariz, Hariz nak makan apa malam ni?", dia tak jawab sebab leka main PSP. Aku ulang lagi kali kedua, dia kata "Emm... emm... nak roti canai sambal", maknanya dia nak makan roti canai cecah kuah dal ada sambal. Kemudian aku tanya soalan lain, "Hariz nak berapa roti canai?", dia tak jawab sebab sekali lagi asyik dengan PSP. Aku ulang kali kedua dan dia kata "Nak satu ringgit!". Aku ulang lagi soalan tu sebab dia jawab salah, dia jawab "Roti canai satu ringgit!". Salah lagi, aku ulang untuk kali ketiga dan dia jawab dengan nada marah "Alaahh... susah la!!". Aku berhenti tanya sebab mood dah berubah. Dia jawab macam tu sebab dia keliru tentang harga (satu ringgit) dan bilangan (satu roti canai).