28 March 2010

Hariz Membeli Belah

Ahad, 28 Mar 2010.

Hari ini aku bersama isteri dan Hariz pergi berbelanja keperluan harian (macam biasa lepas dapat gaji...). Setelah berbelanja barang-barang dapur, singgahlah di Tesco sebab Hariz mahu pergi ke sana. Dia nak beli Cadberry Zip katanya. Bila dah masuk Tesco, kebetulan ada baju sesuai untuk abang Hariz (Haziq nama dia), kami pun pilih-pilih lah untuk beli. Ni part yang paling best. Hariz pun pilih baju gak, dia suka satu baju kemeja belang (berbutang) warna kebiruan, dia letak pada badannya untuk mengukur, tapi malang saiz tak ada yang padan la pulak. Negotiate dengan dia tukar baju kemeja yang lain, nasib baik dia nak. Amazingly, dia menujukkan skill membutang baju kemeja dengan baik tanpa masalah. Sebelum ini dia agak sukar untuk membutang baju dan cepat marah bila tak berjaya membutang baju.

So, itulah baju Hariz yang kita orang beli atas pilihan dia sendiri.

23 March 2010

Hariz Ada Kawan Baru - Aliah

Rabu, 24 Mar 2010.

Hari ini Hariz ada kawan baru. Nama dia Aliah. Budak perempuan ini ada masalah pembelajaran dan pertuturan, tapi amat mesra dengan orang. Semalam, ibu dan bapa saudaranya datang ke rumah meminta bantuan untuk menghantar pergi dan balik sekolah kerana anak ini perlu dipantau, belum boleh dilepaskan naik bas begitu sahaja. Dia sudah menunggu di pagar rumahnya dan nampak sungguh bersemangat untuk ke sekolah. Harap anak ini akan mendapat ilmu dan boleh berjaya mengikut tahapnya atau lebih lagi.


18 March 2010

Hariz Blackberry Headset & PSP

Jumaat, 19 Mar 2010.

Satu lagi tingkahlaku rutin Hariz yang kena 'adjust' - tiap kali nak main PSP mesti dia minta blackberry & bluetooth headset dari saya. Dia akan letak blackberry & headset tu dalam poket seluar dia. Ini bila saya ada dengan dia, kalau tak dia boleh main PSP tanpa blackbery tu pun. Dah habis main PSP, dia pulangkan blackberry & headset tu. Kena fikirkan macam mana nak 'adjust'.

17 March 2010

Komunikasi Hariz Bertambah Baik

Rabu, 17 Mar 2010.

Alhamdulillah, kemahiran komunikasi Hariz semakin baik. Sekarang dia boleh membalas cakap atau memberi jawapan dalam setiap sesi komunikasi. Antaranya,

Aku kata, "Hariz, Hariz nak makan apa malam ni?", dia tak jawab sebab leka main PSP. Aku ulang lagi kali kedua, dia kata "Emm... emm... nak roti canai sambal", maknanya dia nak makan roti canai cecah kuah dal ada sambal. Kemudian aku tanya soalan lain, "Hariz nak berapa roti canai?", dia tak jawab sebab sekali lagi asyik dengan PSP. Aku ulang kali kedua dan dia kata "Nak satu ringgit!". Aku ulang lagi soalan tu sebab dia jawab salah, dia jawab "Roti canai satu ringgit!". Salah lagi, aku ulang untuk kali ketiga dan dia jawab dengan nada marah "Alaahh... susah la!!". Aku berhenti tanya sebab mood dah berubah. Dia jawab macam tu sebab dia keliru tentang harga (satu ringgit) dan bilangan (satu roti canai).

09 March 2010

Hariz 'demanding' Bila Bersama Ayah

Selasa, 09 Mar 2010.

Dua minggu kebelakangan ini, Hariz menunjukkan sikap manja dan demanding bila bersama aku, ayahnya. Mungkin sebab aku agak soft bila berinteraksi dengan Hariz dan mungkin juga sebab dia mahukan perhatian aku, atau dia boleh dapat apa yang dia mahu melalui aku :). Apa pun, itu sesuatu yang positif sebab aku boleh ambil kesempatan ini untuk komunikasi dua hala bersama dia.

Hari ini juga aku boleh declare satu habit suka bawa barang itu bila keluar ke mana saja, sudah hilang. Tak ada barang ni memang chaos jadinya. Apa barangnya? - M&M candy pek kecil.