25 January 2010

Menaruh Harapan Perubahan Positif Di Kelas Pendidikan Khas

25 Jan 2010.

Hari ini pertemuan di antara pihak PPD, pengurusan sekolah dan aku (bersama isteri) bagi merungkai masalah. Pada pertemuan itu awalnya aku di anggap terlalu banyak campur tangan urusan pihak sekolah. Ibubapa lain tak ada pula yang komplen, kata mereka. Jumpa guru baru tanpa pengetahuan pentadbir, kata mereka lagi. Nampaknya meraka cuba "switch" topik perbincangan.

Macam mana aku tak campur tangan kalau melihat tenaga pengajarnya langsung tak melihatkan reaksi positif dengan ibubapa. Cuba bayangkan, dalam tempoh 3 bulan tak sekali pun ada keinginan nak berbincang atau pun berbual dengan aku/isteri mengenai perkembangan anak di sekolah. Perbincangan dua-hala antara guru dan ibubapa adalah perkara biasa untuk membantu anak-anak pendidikan khas. Bila kita kata tak layak untuk jadi guru pendidikan khas tau pula marah.

Ibubapa lain takut nak tampil takut kalau anaknya diabaikan. Aku tak boleh bawa masalah mereka, nanti macam aku pula yang sibuk dan tak mahu di anggap penghasut. Mereka kena tampil sendiri. Yang 'best'-nya, mereka tahu ada masalah tapi anggap tak ada masalah sebab tak ada laporan. Mana boleh! Pergi siasat!

Aku jumpa guru baru tu bagi maklumat pasal Hariz pun tak boleh ke? Cikgu tu baru, mesti nak tau pasal perangai Hariz. Dan aku beri jaminan akan bantu sedaya yang boleh untuk sama-sama mendidik Hariz. Aku salah ke?

Apa-apa pun matlamat aku yang pertama dah di capai, usaha dah di buat, selebihnya aku berserah kepada Allah swt. Cuma berharap ibubapa yang lain berani tampil kehadapan bagi menyuarakan masalah mereka. Dan, kepada yang berkenaan - berubahlah demi anak-anak pendidikan khas. Pandanglah mereka dengan mata hati, sentuhlah mereka dengan hati, belailah mereka dengan hati, jadikanlah kamu idola mereka... sementara masih ada kesempatan.

Mohon maaf kalau aku dan isteri membuat silap. Mungkin 'expectation' kami terlalu tinggi, tapi itu berdasarkan kepada sekolah-sekolah lain yang aku jadikan 'bench-mark'. Aku optimis perubahan positif di kelas pendidikan khas.

2 comments:

  1. salam en.zamri, komunikasi/kerjasama erat antara guru dan ibubapa memang sangat penting, khususnya untuk anak istimewa.
    Dalam kes saya, anak saya Abil sangat tidak mahu bercakap. Kalau ditanya pernah tak pernah berjawab. Hanya bukak mulut bila perlu saja. Jadi, saya cuma boleh bersandarkan pada guru2 untuk sebarang perkembangan di sekolah. Mujurla sekolah Abil, guru-gurunya ok cuma agak susah nak berjumpa mereka sebab guru selalu sibuk. Tapi, boleh tanya pada PPM juga. Agaknya kalau saya berada di tempat En.Zamri, dah kena blacklist saya ni kot sebab selalu amik tau hal anak di sekolah..

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas komen dan sokongan. Sekarang ni pun saya dah kena 'marked' kat sekolah tu. Alhamdulillah sekarang ni pembelajaran untuk anak saya dah diatur dengan agak baik oleh guru baru. Kalau tak sebelum ni, hampur tak nampak apa yang diajarkan.

    ReplyDelete