03 January 2010

Hari Pertama Persekolahan Hariz Tahun 2010

04 Jan 2010

Hari Isnin Hariz memulakan sesi persekolahan bagi tahun 2010. Cabaran pertama - mengejutkannya dari tidur, mandi, berpakaian sekolah dan pergi ke sekolah - sememangnya ada bantahan! Aduh..! Tapi Alhamdulillah, berjaya memujuknya untuk ke sekolah akhirnya! Agak merisaukan sebab seorang guru lama telah berpindah hanya tinggal seorang guru lama yang Hariz tak suka, seorang Pembantu yang Hariz sentiasa suka dan dua orang guru baru. Alhamdulillah, Hariz dapat harungi hari pertama di sekolah tanpa masalah. Harap-harap guru baru itu mempunyai ciri-ciri seperti guru yang telah berpindah.

Hari ini juga aku pergi ke PPD Kota Tinggi berbincang mengenai masa depan kelas pendidikan khas di SKSS dan pelajarnya. Besar harapan agar keadaan berubah.

1 comment:

  1. 05 Jan 2010 - Hari Selasa - hari kedua sesi persekolahan tahun 2010. Nampaknya cabaran semakin mudah walaupun masih ada bantahan. Alhamdulillah!

    ReplyDelete