28 September 2016

Hariz 'Outing' Dengan Rakan-Rakan Sekolah

Rabu, 28 Sept 2016.

Hari ini Hariz ada program 'outing' bersama rakan-rakan sekolah. Tujuannya adalah bersosial dan mempelajari cara-cara berbelanja. Tempat yang mereka lawati - KFC & Pasaraya TESCO.

Sebelum berbelanja di Pasaraya TESCO, Hariz dan rakan-rakan makan di KFC. Dia pilih bubur, walhal tak pernah pun pergi KFC makan bubur.



Selepas makan mereka ke Pasaraya TESCO. Ini hasil tangkapan Hariz.



Ini pula foto wajah-wajah gembira semasa ber'outing' dengan guru mereka.





Oh ya... untuk makluman semua ini adalah outing pertama dia tanpa saya atau ibunya menemani... dan dia sangat gembira dan sangat berkelakuan baik... Alhamdulillah.

Terima kasih guru-guru SMK Bandar Rinching.

No comments:

Post a Comment