28 April 2012

Hariz Di Walk For Autism 2012 & Rancangan Apa Kata Wanita TV1

Ahad, 15 April 2012.

Hariz bangun seawal jam 5.30 pagi untuk menyertai acara Walk for Autism 2012 untuk pertama kali. Alhamdulillah, tiada masalah bangun pagi. Cumanya ada sedikit protes ala-ala nak merajuk manja hanya kerana tak mahu pakai baju biru berkolar yang memang dibeli khas sempena bulan kesedaran autisme. Siap buka baju dan tunjuk muka sedih sambil meleleh-lelehkan air mata. Seperti biasa aku hanya respon bila dia tanya atau panggil, tak hiraukan 'drama' dia. Masalah selesai bila ibu dia datang dan terus pakaikan baju biru tu. Itulah 'power' nya ibu dia.

Tiba di Citta Mall (tempat acara diadakan) sekitar jam 7.10 pagi. Ramai juga yang sudah sampai. Hariz sedikit terlebih rangsangan sebab ramai orang disekeliling. Namun, terkawal. Acara dimulakan dengan persembahan oleh anak-anak autisme dari NASOM dan artis kesayangan ramai Umar Hasfizal. Kemudian dituruti dengan ucapan sekaligus perasmian dan perlepasan.

Perjalanan sejauh lebihkurang 3.5KM dan Hariz berjaya melakukannya! Berjalan terus tanpa henti dan sangat ceria. Bersama-sama ikut berjalan, abang Haziq, Mikail dan adiknya serta abah/ibu mereka - En. Izan/Pn. Zra.



Pada sebelah petang, Hariz hadir di Angkasapuri untuk bersama-sama bersiaran dalam rancangan "Apa Kata Wanita?". Ramai ahli Autisme Malaysia memenuhi ruang penonton termasuk abang-abang senior iaitu Iddin, Hazim, Hafiz, Umar & Afif. Dan alhamdulillah Hariz sangat berdisiplin pada hari itu. Paling menggembirakan, guru sekolah Hariz turut sama hadir sebagai tanda sokongan.





2 comments:

  1. Tumpang gembira dengan program yg ada...walaupun hanya menjadi pemerhati dari jauh....tahniah atas usaha2 anda!

    ReplyDelete
  2. Sekadar lakukan yang termampu dengan bantuan rakan2 lain juga...

    ReplyDelete