30 May 2011

Siapa Yang Kuat??

Isnin, 30 May 2011.

Minggu lepas aku telah melakukan suatu ujian ke atas Hariz untuk mengatasi tingkahlakunya yang pada aku  tidak elok jika dibiarkan berterusan. Tingkahlaku yang aku maksudkan ialah dia akan terus meminta yang dikehendakinya walaupun telah di beri penjelasan, sebab, alasan, helah, pengalihan perhatian dan lain-lain untuk menafikan apa yang di minta.

Dalam kes ini Hariz meminta supaya kad SIM dipasangkan pada Samsung Galaxy Tab. Dia tahu apa yang dia boleh buat bila kad SIM dipasangkan pada gadget tersebut - boleh buat panggilan dan berinternet. Dan dia tahu lokasi slot kad SIM pada gadget tersebut. Jadi, aku membuat keputusan supaya tidak akan berikan kad SIM dalam apa jua keadaan. Maka bermulalah konflik. Di sini aku ada beberapa pilihan pendekatan untuk mengatasinya:

a. cuba menjelaskan tak perlu kad SIM sebab ada wireless
b. beri alasan/helah penangguhan dengan harapan dia boleh lupa
c. beli alasan/helah dengan mengatakan kad SIM nak kena ambil di tempat yang jauh
d. bertegas dengan mengatakan kad SIM memang tidak ada
e. menggunakan ugutan untuk menarik balik hak memiliki gadget tersebut
f. buat tak tahu dengan permintaannya
g. gertak hukuman dengan rotan atau menunjukkan ekspresi marah

Anda tahu apa yang berlaku? Aku guna semua pendekatan di atas dan yang paling berkesan ialah pendekatan (d) dan (e). Tetapi tidak semudah itu untuk Hariz mengalah bagi mendapatkan kad SIM. Tantrum dan mengulangi permintaannya silih berganti dalam tempoh 24 jam. Sentiasa mencari sebab untuk dia tantrum dan merajuk. Pada tahap ini hati sudah jadi panas dan mudah untuk marah. Jadi, aku mesti mencari jalan supaya dia boleh terima hakikat "tiada kad SIM". Aku mesti tegas dalam lembut, aku mesti konsisten dalam fleksibel dan aku mesti sabar dalam marah. Ermm macam mana tu. Aku pun tak tahu macam mana aku buat, tapi ianya berjaya bagi aku. Dia tak minta kad SIM lagi selepas 24 jam berlalu.


Analisa dari apa yang berlaku boleh aku katakan:
a. aku harus lebih kuat, tegas, konsisten, fleksibel dan lembut dalam tempoh masa yang sama; dan kreatif menggunakan pendekatan bersesuaian dengan keadaan ketika berlaku konflik
b. aku dan ahli keluarga harus sentiasa bersedia untuk menghadapi tindakbalas dari pendekatan yang di ambil
c. aku harus tidak di kawal oleh nafsu marah demi mengelakkan persepsi tidak elok pada anak dan menjadi lali, dan paling teruk anak menjadi mangsa kemarahan

Kadang-kadang kita baca teknik-teknik menghadapi anak-anak autisme. Tapi bila dalam situasi sebenar kita kadang-kadang tak boleh nak gunakannya. Kena ubahsuai baru berkesan. 'Kenali' anak-anak autisme akan buat kita lebih efisyen untuk mengendalikan mereka.

05 May 2011

Antara Dialog-Dialog Sejak Dua Minggu Ini

Khamis, 05 Mei 2011.

Assalammualaikum. Kali terakhir update blog pada 19 April 2011 lalu, rasa lama dah tak update :P... Macam le banyak visitor. Anyway, kali ini aku nak kongsi beberapa dialog yang menarik dalam situasi berbeza (masa & tempat), di mana pada aku ianya suatu pencapaian untuk Hariz.

Dialog 1
Hariz: Apa ni ayah? (sambil tunjuk gambar strawberi dalam buku)
Aku: Apa tu?
Hariz: Strawberi! Makan strawberi... nyam nyam nyam (sambil aski lakon makan)
Aku: Oo... Strawberi. Kat mana tu?
Hariz: Strawberi Park.
Aku: Strawberi Park kat mana?
Hariz: Cameron Highlands...
Aku: Oo... Cameron Highlands... Pergi Cameron Highlands naik apa?
Hariz: Cameron Highlands...
Aku: Pergi Cameron Highlands naik apa?
Hariz: Cameron Highlands... apa?
Aku: {ok, dia tak faham atau tak tahu nak jawab macam mana}... Pergi Cameron Highlands naik kereta...
Hariz: Naik kereta!
Aku: Pergi dengan siapa?
Hariz: Siapa...? {pause beberapa ketika} Emm... ayah, ibu, Haziq, Hariz!
Aku: Pandai la Hariz!
- tamat -


Dialog 2
Ayah: Hariz, pergi mandi. Nanti ayah nak keluar ni.
Hariz: Ayah, nak gi jalan ni!
Ayah: Ayah nak pergi Tiram, beli barang.
Hariz: Nak gi Tiram ni...
{tak juga bergerak ke bilik air}
Hariz: Saya mandi dulu la. Jap lagi keluar ni. (terus menuju ke bilik air dan mandi)
Hariz: Ibu... sini la. (minta dimandikan)
- tamat -

Dialog 3
Teacher Connie: What is this? (sambil tunjuk gambar ayam)
Hariz: Ayam!
Teacher Connie: Very good, ayam in english?
Hariz: Chicken!
Teacher Connie: Ayam in chinese?
Hariz: (menyebut sesuatu dengan gaya bunyi bahasa cina dan semua orang ketawa besar)
Teacher Connie: Good try, good try.
- tamat -