15 November 2010

Zahin - Rakan Senasib Lulus UPSR!

Isnin, 15 Nov 2010.

Keputusan UPSR diumumkan pada 11 Nov 2010 yang lepas. Tapi baru ni aku ada sedikit masa untuk update blog. Zahin atau nama penuhnya Muhd Zahin Jazli Razali, mengambil peperiksaan UPSR pada umur 14 tahun.Beliau penghidap autisme. Walaupun dengan keputusan 5C, pencapaiannya boleh di anggap cemerlang. Dia tidak akan berpeluang ambil peperiksaan ini jika ibunya tidak mendesak guru penyelia pendidikan khas supaya didaftarkan untuk peperiksaan UPSR. Sebelum ini, ada beberapa pelajar 'slow learner' meninggalkan sekolah rendah tanpa mengambil peperiksaan UPSR! Alasan mudah diberikan - "Diorang tak boleh ambik periksa!". Walhal, ada peruntukan khas untuk pelajar pendidikan khas dalam setiap peperiksaan.

Untuk makluman, guru Zahin di dalam gambar itu ialah antara guru yang sudi untuk mengajar Zahin dalam program kelas inklusif. Terima kasih kepada mereka yang membantu. Hanya Allah dapat membalasnya.

2 comments:

  1. syabas untuk Zahin! semoga kejayaan ini akan menjadi pembuka mata kepada semua...setiap anak MESTI diberi peluang, autisme ataupun tidak.

    ReplyDelete
  2. tahniah! sebak membacanya..entah ape pula nasib my rebina boy tu nnti..

    ReplyDelete