25 November 2010

Anak Autisme & Kamera

Khamis, 25 Nov 2010.

Dalam beberapa minggu kebelakangan ini aku cuba nak rekod video & snap gambar Hariz untuk di simpan sebagai rujukan dan arkib. Alat rakaman yang digunakan - handphone berkamera je. Pada cuti hujung minggu yang lalu aku bawa keluarga ke sebuah taman permainan di Pasir Gudang. Saja jalan jauh sikit. Tujuannya adalah untuk lihat kemahiran sosial Hariz di tempat permainan awam. Ramai kanak-kanak lain yang bermain pada masa  tu.

Jadi, aku rakamlah video Hariz dengan handphone aku. Dengan harapan boleh aku simpan untuk buat arkib & rujukan nanti. Selesai bermain, kita orang beredar dan seperti biasa Hariz akan minta handphone aku untuk dia 'simpan' dalam beg peribadi dia. Pada malam harinya, aku nak transfer lah gambar & video tu ke komputer.  Hampa! Satu pun tak tinggal, habis di padam oleh Hariz.

Hari yang lainnya, ada beberapa kali cuba rakam video Hariz ketika dia sedang melakukan aksi yang sangat bernilai untuk dijadikan rujukan. Tapi hampa lagi. Dia mengelak untuk dirakam dengan berkata "Jangan raka'am" (Jangan rakam), terus berhenti buat aksi.

Tapi dapat juga merakam beberapa aksi Hariz dengan handphone ibunya. Itu pun kena rakam dalam masa yang singkat. Tak boleh lama-lama. Tapi aku akan terus merakam bila ada peluang!

3 comments:

  1. Abil pun dah mula 'berjinak-jinak' dengan hp. abis semua ditekannya...haru!
    pc tak usah cakap la...tak terkata dibuatnya.
    serba salah kami, dilarang nanti anak tak pandai pulak. dibiarkan, habis semua rosak/hilang/jahanam...huhu

    ReplyDelete
  2. terhilang blog hariz dari bloglist..nasib baik jumpa smula.. Perkembangan hariz semakin baik ye..(wpun abis gambar di 'delete'nya..) smg terus baik dan semakin baik..

    ReplyDelete