17 November 2015

Ada Apa Dengan PERMATA KURNIA ?

Selasa, 17 Nov 2015.

Sebelum itu saya ingin jelaskan bahawa saya bukanlah orang politik atau penjawat awam di agensi kerajaan atau ahli dalam mana-mana parti politik. Saya hanyalah orang kebanyakkan yang dikurniakan seorang anak syurga kategori autisme yang berumur 14 tahun (2015). Disahkan autisme ketika umur 3 tahun (pada 2004) di Klinik Kesihatan Kempas Johor. Dan berikut adalah persoalan-persoalan yang saya perlukan jawapan pada waktu itu:-

Apakah itu autisme?
Apakah ini penyakit mental?
Gangguan jin ke? Saka?
Bagaimana boleh terjadi?
Adakah sebab keturunan saya atau isteri saya?
Adakah kerana dosa-dosa lampau saya?
Autisme itu OKU? OKU kah anak aku?
Apa nak buat?
Boleh sembuh ke?
Ada ke orang lain mengalami yang sama?
Kenapa anak saya?
Kenapa saya?
Boleh sekolah ke dia?
Boleh kerja ke nanti?
Boleh berkeluarga ke nanti?
Susahnya nak cari tempat terapi?
Kenapa mahal yuran terapi?
Kerajaan tak buat pusat untuk autisme ke?
Kenapa saya tak jumpa banyak maklumat/rujukan dalam internet?
...dan banyak lagi persoalan demi persoalan seiring waktu berlalu...

Jadi, bila kerajaan membuat keputusan untuk membina pusat untuk autisme dibawah nama Permata Kurnia maka saya amat bersyukur dan menyokong sepenuhnya, walaupun anak saya tidak berpeluang untuk masuk kerana programnya terhad kepada kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah ketika di buka pada Nov 2015. Sebagai permulaan ianya sudah cukup baik bagi komuniti autisme. Mudah-mudahan akan berkembang programnya merangkumi semua tahap autisme dan dibuka disetiap negeri pada masa akan datang. Ianya mengambil masa yang amat panjang untuk sampai ke tahap ini - lebih 15 tahun. Selain memberikan khidmat terapi dan pendidikan khusus untuk anak autisme, Permata Kurnia juga membantu ibu bapa dengan mengadakan kelas-kelas keibubapaan di mana ibu bapa diberikan ilmu pengetahuan tentang teknik-teknik yang terbukti berkesan untuk mengajar anak-anak autisme. Permata Kurnia juga mengadakan kelas/bengkel khusus buat golongan pendidik agar mereka dapat mengajar anak-anak berkeperluan khas (autisme khususnya) dengan lebih berkesan.

Maka, bila ada orang yang kata
"Permata Kurnia korup"
"Permata Kurnia projek yang membazirkan wang rakyat"
"Permata Kurnia adalah kepentingan DSRM"
...dan berbagai lagi ayat-ayat negatif...

...saya minta orang itu kaji dan selidik dahulu tentang apa itu PERMATA KURNIA, siapakah yang menguruskan PROGRAM PERMATA KURNIA, apa itu AUTISME dan siapakah yang mendapat manfaatnya.

Jadi, ada apa dengan Permata Kurnia?

No comments:

Post a Comment