20 November 2015

Info Kemasukkan Anak Di Program Permata Kurnia

Jumaat, 20 Nov 2015.

Untuk makluman semua, kemasukkan anak ke Pusat PERMATA Kurnia adalah melalui rujukan dari panel pakar berikut:-

1. Dr. Ranjini Sivanesom dan team, Institut Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur
2. Dr. Juriza Ismail dan team, Pusat Perkembangan Kanak-Kanak, Hospital Canselor Tunku Mukhriz
3. Dr. Harlina Bahar dan team, Hospital Selayang
4. Prof. Dr. Hamidin Awang, Fakulti Perubatan, UPM
5. Dr. Raja Juanita, WQ Park Health & Rehab Ctr

Sumber: FB Permata Kurnia, info setakat 20 Nov 2015.

Maklumat lanjut Permata Kurnia boleh diperolehi di www.programpermata.my dan www.facebook.com/permatakurniaofficial

17 November 2015

Ada Apa Dengan PERMATA KURNIA ?

Selasa, 17 Nov 2015.

Sebelum itu saya ingin jelaskan bahawa saya bukanlah orang politik atau penjawat awam di agensi kerajaan atau ahli dalam mana-mana parti politik. Saya hanyalah orang kebanyakkan yang dikurniakan seorang anak syurga kategori autisme yang berumur 14 tahun (2015). Disahkan autisme ketika umur 3 tahun (pada 2004) di Klinik Kesihatan Kempas Johor. Dan berikut adalah persoalan-persoalan yang saya perlukan jawapan pada waktu itu:-

Apakah itu autisme?
Apakah ini penyakit mental?
Gangguan jin ke? Saka?
Bagaimana boleh terjadi?
Adakah sebab keturunan saya atau isteri saya?
Adakah kerana dosa-dosa lampau saya?
Autisme itu OKU? OKU kah anak aku?
Apa nak buat?
Boleh sembuh ke?
Ada ke orang lain mengalami yang sama?
Kenapa anak saya?
Kenapa saya?
Boleh sekolah ke dia?
Boleh kerja ke nanti?
Boleh berkeluarga ke nanti?
Susahnya nak cari tempat terapi?
Kenapa mahal yuran terapi?
Kerajaan tak buat pusat untuk autisme ke?
Kenapa saya tak jumpa banyak maklumat/rujukan dalam internet?
...dan banyak lagi persoalan demi persoalan seiring waktu berlalu...

Jadi, bila kerajaan membuat keputusan untuk membina pusat untuk autisme dibawah nama Permata Kurnia maka saya amat bersyukur dan menyokong sepenuhnya, walaupun anak saya tidak berpeluang untuk masuk kerana programnya terhad kepada kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah ketika di buka pada Nov 2015. Sebagai permulaan ianya sudah cukup baik bagi komuniti autisme. Mudah-mudahan akan berkembang programnya merangkumi semua tahap autisme dan dibuka disetiap negeri pada masa akan datang. Ianya mengambil masa yang amat panjang untuk sampai ke tahap ini - lebih 15 tahun. Selain memberikan khidmat terapi dan pendidikan khusus untuk anak autisme, Permata Kurnia juga membantu ibu bapa dengan mengadakan kelas-kelas keibubapaan di mana ibu bapa diberikan ilmu pengetahuan tentang teknik-teknik yang terbukti berkesan untuk mengajar anak-anak autisme. Permata Kurnia juga mengadakan kelas/bengkel khusus buat golongan pendidik agar mereka dapat mengajar anak-anak berkeperluan khas (autisme khususnya) dengan lebih berkesan.

Maka, bila ada orang yang kata
"Permata Kurnia korup"
"Permata Kurnia projek yang membazirkan wang rakyat"
"Permata Kurnia adalah kepentingan DSRM"
...dan berbagai lagi ayat-ayat negatif...

...saya minta orang itu kaji dan selidik dahulu tentang apa itu PERMATA KURNIA, siapakah yang menguruskan PROGRAM PERMATA KURNIA, apa itu AUTISME dan siapakah yang mendapat manfaatnya.

Jadi, ada apa dengan Permata Kurnia?

12 November 2015

Singkatan ASD, ADHD, ADD, ABA, PPKI Dan Lain-Lain

Khamis, 12 Nov 2015.

Kepada ibu bapa yang mempunyai anak istimewa khususnya anak autisme pasti akan menemui singkatan-singkatan yang tersenarai di bawah.

EIP - Early Intervention Program
IEP - Individual Education Plan
RPI - Rancangan Pendidikan Individu
PECS - Picture Exchange Communication System
ABA - Applied Behavior Analysis
TEACCH - Treatment & Education of Autistic & Related Communication Handicapped Children

SI - Sensory Integration
OT - Occupational Therapy
ST - Speech Therapy


PDK - Pemulihan Dalam Komuniti
PPKI - Program Pendidikan Khas Integrasi
JKM - Jabatan Kebajikan Masyarakat
PPD - Pejabat Pendidikan Daerah
JPN - Jabatan Pendidikan Negeri
KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia
KPWKM - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat
KKM - Kementerian Kesihatan Malaysia


ASD - Autisme Spectrum Disorder
ADD - Attention Deficit Disorder
ADHD - Attention Deficit Hyperactivity Disorder
SD - Syndrome Down
GDD - Global Development Delay
CP - Cerebral Palsy
PDD - Pervasive Development Disorder
PDD-NOS - Pervasive Development Disorder-Non Otherwise Specified

01 November 2015

Ujikaji Sosial Di Tempat Awam

Ahad, 01 Nov 2015.

Hari ini bawa anak ASD di dua shopping mall pada luar waktu puncak. Sebenarnya, banyak kali juga bawa tapi kali ni saja loose kan sikit kawalan ke atas anak di tempat awam, biarkan dia 'beraktiviti' dlm dunia dia (biasanya dia akan bergerak ke hulu ke hilir (dgn headset sentiasa terpasang ditenga)ldi tempat kami berhenti dikedai utk window shopping.

Ya. Ada yg dari jauh sudah memerhati. Ada petugas dlm kedai melihat dgn muka pelik. Ada petugas yg perasan ada sesuatu yg pelik tapi dia senyum n buat tak tahu aje, layan kami spt biasa.

Saya tak marah pun bila mereka merasa pelik. Cuma sy bersedia utk explain jika ada peluang.