02 July 2011

Cubaan Mengadaptasikan Kaedah Mengajar Therapist

Sabtu, 02 Jul 2011.

Sebenarnya, aku masih tercari-cari cara untuk membuat sesi belajar atau terapi di rumah. Kaedah para therapist memang sangat sesuai untuk Hariz. Amat jelas bagaimana Hariz boleh mengikuti sesi terapi tanpa ada banyak masalah kecuali bila ada sesuatu insiden yang mencetuskan tantrumnya. Tapi aku sedar ada halangan bila aku cuba mengadaptasi kaedah sama iaitu 'mind set' Hariz yang menetapkan sesi terapi hanya di pusat terapi. Hanya dapat dilakukan di rumah bila ada peluang terutama bila Hariz menunjukkan sikap mahu berinteraksi. Belum ada jadual khusus untuk Hariz. Masih tercari-cari kaedah macam mana nak laksanakan aktiviti.

Jadi, sejak 21 Jun 2011 aku buat siri ujikaji lagi bagi mengenal pasti cara perlaksanaan yang sesuai di rumah. Aktiviti dimulakan dengan mengajak Hariz di suatu ruang (yang memang telah dikhaskan untuk tujuan ini sejak beberapa bulan lepas) dengan sebuah buku kamus bergambar. Pada masa yang sama abangnya juga ada di situ untuk mencetak kerja sekolah ICT. Hariz datang dan duduk bersama gadget kesayangan - Samsung Galaxy Tab. Perasan yang Hariz agak selesa dengan aturan sebegitu. Aku segera buka buku itu dan mencari laman yang sesuai. Harus segera sebelum mood Hariz berubah. Aku mula dengan laman yang ada gambar bilik belajar yang menunjukkan perkakasan dan barangan yang biasa ada dalam sebuah bilik belajar. Maka aku boleh kaitkan gambar dengan ruang yang kami gunakan. Pada ketika ini Hariz memberi kerjasama yang bagus, tapi ayahnya tak berapa bagus sebab kekurangan kemahiran untuk mereka cipta ayat dan cerita secara spontan. Aku kena berlatih!

Setakat pada hari ini Hariz sudah alert bahawa pada setiap malam selepas makan malam akan ada aktiviti. Aku pun tak jangka dia boleh cope dengan rutin tu. Tapi ayahnya selalu kekeringan idea. Berikut antara hasil aktiviti dengan bantuan ayahnya:

Mobile HP Packaging Box
Dalam Mobile HP Packaging Box

 


Netbook