19 October 2010

"Nanti ayah balik kita pegi klinik eh!"

Isnin, 18 Oct 2010.


Baru balik dari Port Dickson setelah 3 hari jalani kursus motivasi. Macam biasa isteri aku akan buka cerita dia sepanjang ketiadaan aku. Tiga hari punya cerita... emm tau aje la. Tapi ada satu cerita pasal Hariz yang sangat menarik.

Isteri aku kurang sihat badan, ada batuk-batuk kecil dan macam nak demam selesema. Jadi, dia kata pada Hariz, "Hariz, ibu sakit niii...". Kemudian Hariz menujukkan riak muka seperti berfikir untuk beberapa ketika dan terhamburlah kata-kata "Nanti ayah balik kita pegi klinik eh!". Isteri aku kata dia hampir nak menangis bila dengar kata-kata Hariz.

Alhamdulillah, semakin baik pertuturannya & komunikasinya.