Selasa, 27 Apr 2010.
Hari ini Hariz cuti sebab ada temujanji dengan doktor (aku pun cuti sama hehehe). Tiba di klinik pada jam 9.05 pagi, ramainya orang. Hari ini aku lihat ada 3 kanak-kanak autistik selain dari Hariz, yang selebihnya mungkin slow learner (aku agak je). Semua lelaki dan dua daripadanya adalah adik-beradik. Tak dapat aku bayangkan bagaimana menjaga 2 insan autistik pada masa yang sama, sedangkan aku jaga seorang pun dah menggelabah.
Ya Allah, kurniakan ibubapa anak-anak autistik ini dengan rahmat dan kasih Mu, berikan mereka hati yang cekal dan ringankanlah bebanan mereka. Amin.
"Ya Allah, kurniakan ibubapa anak-anak autistik ini dengan rahmat dan kasih Mu, berikan mereka hati yang cekal dan ringankanlah bebanan mereka. Amin. "
ReplyDeleteAmin,amin ya rabbal alamin