Esok hari akhir cuti sekolah. Sangat cepat masa berlalu. Cuba sedaya upaya mengisi masa dengan perkara yang berfaedah untuk Hariz. Minggu pertama cuti aku bawa Hariz dan keluarga pergi beriadah di Melaka, 3 hari 2 malam. Sebelum pergi bercuti Hariz pergi ke sesi speech therapy dan berjumpa dengan doktor. Masuk kali ini dah tiga kali dan Hariz mula dapat hafal cara sesi terapi dijalankan walaupun permainan/aktiviti adalah berbeza. Hariz sentiasa teruja dan menanti untuk sesi speech therapy seterusnya. Sesi berjumpa dengan doktor tiada masalah lagi walaupun terpaksa menunggu hampir satu jam sebelum tiba giliran.
Sepanjang bercuti di Melaka, Hariz tak banyak kerenah dan agak mudah diuruskan. Sepanjang perjalanan ke destinasi Hariz asyik ajak balik untuk pergi ke indoor waterpark di Today's Mall di Ulu Tiram. Berulang-ulang sepanjang perjalanan. Jadi jawapan pun mesti konsisten dan kena sabar tahap gaban. ALhamdulillah, dia tidak protes. Tiba di hotel agak lewat petang jadi kami membuat keputusan untuk keluar sebelah malam sahaja. Kami berjalan ke pusat bandar untuk makan, naik Menara Taming Sari dan naik beca satu pusingan. Hariz sangat teruja dan enjoy. Di bawah sebahagian kenangan pada hari pertama tiba di Melaka.
Makan sambil bermain dengan Samsung Galaxy Tab |
Lepas makan bersiar-siar di sekitar Dataran Pahlawan |
Di dalam kabin Menara Taming Sari |
Di atas beca |
Pada hari kedua, kami pergi ke Melaka Wonderland Water Park. Masuk jam 10.00pagi keluar jam 2.30 petang. Main air sampai penat, sampai pening kepala dan muntah dalam kereta. Ehmm abis kereta ayah bau muntah. Sebelah malam kami ke Zoo Melaka, tengok haiwan waktu malam. Di bawah sebahagian kenangan di rakam pada hari kedua.
Hari ketiga sebelum balik jalan-jalan di sekitar bandar.