Khamis, 23 Feb 2012.
Hari ini temujanji pertama dengan doktor sejak bertapak di Kuala Lumpur. Hari ini juga pertama kali Hariz pergi ke temujanji bersama ayah sahaja. Sebelum ini ibunya wajib ikut. Keluar dari rumah sedikit awal hanya kerana takut tidak dapat ruang tempat letak kereta. Setelah melapor diri, keluar ke kafe untuk bersarapan sementara menunggu giliran. Hariz sempatlah habiskan dua bungkus nasi lemak (memang favorite dia ni).
Balik ke pusat pemulihan, disana aku nampak seorang lelaki, seorang wanita berkerusi roda dan seorang wanita lagi sentiasa memegang seorang kanak-kanak. Aku agak diorang ni tak ada hubungan sebab duduk lain-lain. Duduk untuk beberapa ketika tanpa apa-apa aktiviti memang membosankan. Hariz dengan gadgetnya. Aku mula menegur si lelaki tu (penyibuk aku ni), bertanyakan macam-macam. Rupanya, anak dia menghidap disleksia dan ada ADHD. Sambil aku berbual tu sengaja kuatkan sedikit suara supaya dapat di dengar oleh wanita yang berkerusi roda tu. Sebabnya dia macam nak dengar bila aku sebut autisme, hyper, non-verbal dan lain-lain. Betul tekaan aku bila dia mula sertai perbualan.
Kanak-kanak yang sentiasa di pegang dan di kawal pergerakkannya, rupa-rupanya anak kepada wanita berkerusi roda tu. Dia beritahu, anaknya itu dah empat tahun dan belum bercakap, sangat aktif. Bercakap dalam nada risau. Untuk tidak menambah kerisauan yang ada, aku kongsi la sikit pengalaman dengan Hariz dan dia mendengar. Beri sedikit tips yang mungkin dia boleh lakukan. Perbualan terhenti bila doktor panggil Hariz (giliran dah tiba). Dalam hati aku, alahai... cam mana la wanita ni nak menguruskan anak autisnya itu. Namun, kagum dengan apa yang dia dapat lakukan dengan keadaannya yang berkerusi roda. Semoga Allah permudahkan segala urusannya.
Sewaktu balik, Hariz pau aku kek coklat kat Secret Recipe. Beli dan balik dengan hati gembira...
dugaan besar buat wanita berkerusi roda berkenaan.......kita yang bebas bergerak ke sana ke mari ni pun....kdg2 tantrum dgn gelagat anak kita...semoga Allah memberi kelapangan kpdnya...
ReplyDeletePelbagai pengalaman kalau kita ke hospital..
ReplyDeleteSemoga Allah permudahkan perjalanan hidupnya..Amin
Saya pula ketiga-tiga anak saya Autisme (Fragile X sydrome)
Saya bekas kanser payudara..Memang amat sukar menjaga anak2
begini terutama masa kemo..
Kepada Allah shj saya berserah...
http://suarahatidanceritaku.blogspot.com/
Hariz pun bertuah mempunyai makayah seperti anda
Siti, 1st time saya tahu 3 org anak autisme sekali gus... semoga awak diberikan ganjaran kebaikan dan kekuatan.
ReplyDeleteAdmin, salam. Sy baru join group FB tu. thanks for approval. Anak sy 4 tahun masih belum bercakap, pergaulan ok cuma dia suka flip / kibas tangan dia selalu. Sy belum diagnose lagi cuma ciri2x tu ada. Nk tahu perlu ke sy ke paed dulu atau terus ke Nasom ke utk diagnose? Ada x pusat yg Islamic sikit so x perlu risau pasal makan minum dia
ReplyDelete