07 February 2012

Bersiar ke i-City

Sabtu, 28 Jan 2012.

Cuti hujung minggu, aku bawa Hariz dan abangnya Haziq ke i-City di Shah Alam. Untuk pengetahuan pembaca ini adalah kali pertama bersiar bersama Hariz di taman tema. Sebelum ini ada niat untuk bawa dia ke sebuah taman tema tapi dibatalkan kerana keadaan tidak mengizinkan disaat akhir. Di i-City selain dari lampu yang berwarna-warni ada rumah salji, gondola, the pirate ship, sky walker, mary-go-round dan tren untuk kanak-kanak.

Secara keseluruhannya Hariz menyukai i-City tetapi tidak nampak keterujaan terhadap lampu-lampu dan cahaya. Dapat juga libatkan dia bermain dengan beberapa permainan, antaranya rumah salji, skywalker, gondola, the pirate ship, mary-go-round dan tren. Dia sangat suka naik tren. Sampai dua kali naik. Agak mendebarkan ialah semasa bermain the pirate ship dan skywalker sebab kedua-dua permainan ini berkedudukan agak tinggi dari aras tanah. Namun, Hariz telah lulus! Dikongsikan beberapa gambar semasa di i-City:












2 comments:

  1. salam Zamri, rumah mak saya dekat je ngan sh alam. tp kami x pernah smpai i-city lagi. takut crowded sangat. anyways, abil mmg sangat SUKA theme park. kalau boleh nak naik rollercoaster/apa saja ride lagi dan lagi dan lagiii...grr je sbb kat JB takde theme park hehe

    ReplyDelete
  2. Wwasalam. Kalau nak pegi bagus masuk selepas waktu magrib. Cari masjid/surau terdekat sbb dlm situ tmpt solat kurang memuaskan. Org berpusu masuk sekitar jam 8.30mlm. Beli tiket pukal boleh main semua benda unlimited.

    ReplyDelete