29 February 2012

Group Autisme Malaysia di Facebook

Tulisan ini bukan mengenai Hariz, tapi bagaimana keadaan Hariz telah menyumbang kepada tertubuhnya group Autisme Malaysia. Sewaktu Hariz disahkan autisme, aku dan isteri tiada langsung pengetahuan mengenai autisme. Malahan saat itulah pertama kali mendengarnya. Syukur dengan teknologi yang ada membenarkan aku mencari maklumat mengenai autisme. Sangat banyak maklumat bersumber dari barat. Amat-amat kurang maklumat dari dalam negara sendiri. Sangat terhad. Selain itu cari juga buku-buku, pun banyak datang dari barat. Ehmm....

Di internet, mencari maklumat hingga ke Facebook. Cuba mencari page atau group berkaitan autisme di Malaysia, namun tidak dijumpai. Dalam hati, apa kat Malaysia ni tak ramai penghidap autisme?? Tak puas hati sebab bila pergi ke hospital ada ramai anak-anak autisme, dan pergi ke mana-mana boleh dikatakan tiada langsung kesedaran mengenai autisme. Autisme adalah perkataan yang sangat asing. Masyarakat memandang masalah penghidap autisme ini sebagai penyakit mental atau gila. Aishh... tak boleh jadi macam ni.

Pada waktu yang sama, aku merasakan perlu mencari orang-orang terdahulu yang ada anak autisme untuk belajar bagaimana mereka mendidik dan menjaga anak autisme - networking. Dan, perlu lakukan sesuatu untuk meningkatkan kesedaran mengenai autisme. Jadi,aku buat satu group di Facebook dengan nama Autisme Malaysia dengan harapan matlamat kecil aku itu boleh tercapai. Sebagai permulaan, aku hanya menjemput Friends untuk menjadi ahli dan syukur mereka menjadi ahli sebagai menyokong inistiatif aku. Pada ketika entry ini ditulis, ahli Autisme Malaysia telah mencapai angka lebih dari 500. Dan, sekarang mempunyai logo sebagai identiti group.

Hanya ini yang aku termampu untuk meningkatkan kesedaran masyarakat Malaysia mengenai autisme dan pada masa yang sama menyediakan tempat untuk para individu (khususnya ibu bapa) yang mendidik/menjaga anak-anak autisme berkongsi rasa/pengetahuan/pengalaman/maklumat.

Harapan aku group ini mampu memberi impak kepada pihak berwajib untuk meningkatkan lagi prasaran untuk anak-anak autisme khususnya dan warganegara istimewa (kelainan upaya) yang lain amnya.

Ini adalah identiti baru group Autisme Malaysia di Facebook.

Ini adalah identiti asal group Autisme Malaysia di Facebook.

8 comments:

  1. Syabas Datuk! Saya dpt byk ilmu dan sahabat dr group ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak autisme adalah anak yg penuh mestri dan susah hendak difahami dan diketahui oleh orang normal.Ibubapa yg memiliki anak lstimewa ini adalah lnsan yg terbaik dipilih oleh Allah yg maha mengetahui mereka dapat menghadapi ujian berat ini,banyaklah bersabar dlm apajua ujian yg pasti ada hikmahnya. H. Abduraman .4/11/12.3.20pm.

      Delete
  2. Terima kasih banyak-banyak kerana wujudkan support group ni. Rasa macam keluarga dah!

    ReplyDelete
  3. you have given us a 'family'. Thank YOU

    ReplyDelete
  4. Mommy Gaban & Hayati Jaafar: Terima kasih kembali. Allah yang menggerakkan hati untuk wujudkan group ni. Alhamdulillah, ramai yang peroleh manfaat.

    ReplyDelete
  5. Salam...
    saya nak cari tempat didikan autisme yang ada menyediakan pendidikan solat untuk kanak-kanak autisme.

    Ada sesiap yang ada maklumat untuk dikongsi?
    Terima kasih....
    Hasmiza Othman

    ReplyDelete
  6. Boleh rujuk Yayasan Faqeh
    https://www.facebook.com/YayasanFAQEH

    ReplyDelete
  7. Assalm...sy adalah ibu kepada anak autistik..saya terpanggil utk join group2 mcm ni utk berkongsi ape shj utk kebaikan ank saya yg mempunyai mslh ini..saya bljr menerima situasi dgn sabar dan percaya ada hikmah disebalik insan istimewa ini...

    ReplyDelete