07 January 2012

Hariz Pergi Kuliah Di UKM

Sabtu, 07 Jan 2012.

Hari ini Hariz ikut aku ke kuliah "Kelas Ibubapa Kanak-Kanak Autisma" di Universiti Kebangsaan Malaysia. Sesi berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 12.30 tengahari. Kita orang sampai lewat sedikit lebih kurang jam 9.30 pagi. Kami duduk di baris belakang sekali...student yang lewat hehehe. Ni dia gambar student tengah belajar :) (sorry kualiti gambar kurang bermutu, amik guna HP murah je)


Hariz dapat duduk diam sehingga sesi tamat + sesi ramah mesra dengan student lain selepas tamat sesi hingga jam 1.00 petang. Jumpa kenalan baru.

06 January 2012

2012: Era Baru Untuk Hariz

Jumaat, 06 Jan 2012.

Salam sejahtera kepada para pembaca. Kali bercerita mengenai permulaan persekolahan Hariz bagi tahun 2012. Tahun ini Hariz bersekolah di sekolah baru. Perubahan adalah sesuatu yang sukar untuk di terima oleh ramai individu autisme kerana bermakna rutin mereka berubah. Aku sangat khuatir akan reaksi Hariz bila di sekolah nanti.

Sebelum cerita mengenai pengalaman barun bersamanya, aku nak cerita pengalaman lepasnya supaya anda semua faham kronologi pengalaman bersama Hariz di sekolah :). Dari mula persekolahan pada umur enam tahun, lazimnya tugas aku mengejutkan dia dari tidur, memandikan, memakaikan baju sekolah dan menghantarnya ke sekolah. Setiap pagi. Waktu tiba di sekolah adalah sekitar jam 7.45-8.00 pagi bergantung kepada 'mood'. Menjadi kewajipan aku dan isteri menghantar dia hingga ke kelas. Dia tak akan mahu ke sekolah kalau salah seorang dari kami tidak ada. Maka dia tidak akan ke sekolah bila aku tidak dapat hantar dia ke sekolah kerana kerja di luar kawasan. Tambahan, kalau abangnya cuti, dia pun ikut cuti juga. Boleh dikatakan setiap hari harus di pujuk untuk ke sekolah. Kecuali ketika awal persekolahan (6 tahun), dia amat teruja untuk ke sekolah kerana suka berada di kelas dan suka akan cikgunya. Sesuatu berlaku ketika dia menjejaki kelas pendidikan khas pada umur tujuh tahun, dan membuatnya tidak suka ke sekolah. Itulah kisah persekolahan Hariz sebelum ini.

Pada tahun 2012 ini sememangnya Hariz menghadapi perubahan yang sangat besar, dan aku sememangnya gementar menunggu reaksinya setiap ketika. Berpindah ke tempat baru, akan bersekolah di sekolah baru, akan berjumpa dengan rakan-rakan baru, cikgu-cikgu baru...serba serbi baru! Hari pertama persekolahan aku masih memainkan peranan mengejutkannya dari tidur dan memandikannya. Sedikit menarik sebab dia bagun seawal jam 6.15 pagi berbanding sebelum ini jam 7.00 pagi. Mandi dan pakai baju sekolah tanpa bantahan. Melihat abangnya tidak memakai uniform sekolah tiada juga bantahan untuk tidak bersekolah (abangnya sekolah sesi petang). Hantar ke sekolah hingga ke kelas tapi terpaksa menunggu untuk beberapa ketika sebelum dapat berjumpa dengan GPK Pkhas. Pun tidak ada bantahan. Setelah berjumpa dengan GPK tersebut, tibalah saatnya untuk meninggalkan Hariz bersama cikgu. Haa... ada bantahan, namun pujukan oleh kami dan ditambah pujukan oleh cikgu, kami dapat tinggalkan dia dalam masa kurang 10 minit. Semasa pulang sekolah dia nampak gembira dan mendapat maklumbalas yang positif.

Hari kedua persekolahan, aktiviti pagi seperti hari semalam tiada bantahan. Tiba di sekolah kami hantar dia hingga ke kelas sebab pembantu belum lagi sampai. Kami tinggalkan dia di kelas bersama cikgu dan tiada bantahan!! Muka tampak ceria semasa pulang sekolah.

Hari ketiga persekolahan, aktiviti pagi seperti hari semalam tiada bantahan. Hari ini kami hantarnya hingga ke pintu pagar sekolah dan di sambut oleh pembantu. Pembantu menghantarnya ke barisan dalam perhimpunan. Amat mengagumkan sebab tiada bantahan. Kami memerhati dari jauh hingga dia beratur keluar dari perhimpunan. Syukur dia dapat mengikut arahan dan kekal dalam posisinya. Hanya Allah yang tahu akan perasaan aku ketika itu.

Kagum dengan pengurusan sekolah khususnya pendidikan khas yang sentiasa ceria dan mesra. Terima kasih cikgu!

03 January 2012

Doa Manzil



Dao Manzil berasal dari sebuah hadis yang dinukil oleh Muhammad Yusuf al-Kandhalawi di dalam kitabnya: “Syarah Hayah al-Sohabah” (tahqiq Muhammad Ilyas al-Barih Bankawi; 4 jld, Dar Ibn Kathir, Damsyik 2000), jld 4, ms 84, (Bab Bagaimana Nabi s.a.w. dan para sahabat bermunajat kepada Allah dengan berdoa).
Shaikh Muhammad Yusuf menukil daripada kitab al-Kanzi, jld 1, ms 212, di mana doa tersebut dikatakan dikeluarkan oleh Ahmad, al-Hakim dan al-Tirmizi.

Berkata Syu`aib al-Arana’uth dalam semakan beliau ke atas Musnad Ahmad (Muassasah al-Risalah, Beirut 1999), jld 35, ms 106, isnadnya dha’if kerana dha’ifnya salah perawinya yang bernama Abi Janab, nama sebenarnya Yahya bin Abi Hayah al-Kalbi. Hadis ini dikeluarkan juga oleh al-Hakim, Abi Laila al-Anshari, al-Thabarani, Abu Ya’la dan Ibn al-Sunni, semuanya melalui jalan Abi Janab.
Matan hadis adalah seperti berikut,

Diriwayatkan oleh Ubay bin Ka’ab radiallahu `anhu: Saya duduk di sisi Nabi sallallahu `alaihi wasallam, datang seorang lelaki Arab lalu berkata: “Wahai Nabi Allah, sesungguhnya aku dilanda satu musibah.” Bertanya Nabi: “Apakah musibah tersebut ?” Dia berkata: “Sakitlamamun (sejenis sakit yang mengganggu kesiuman seseorang – HF) Berkata Nabi: “Datanglah (menghampiri) aku.”


Lalu baginda meletakkan dia di antara kedua tangannya dan berdoalah Nabi s.a.w. dengan membaca:

[1] al-Fatiha
[2] 4 ayat pertama surah al-Baqarah.
[3] ayat 163 & 164 surah al-Baqarah (wa ila hukum ilahuw-wahidun………….).
[4] Ayat al-Kursi (al-Baqarah ayat 255).
[5] 3 ayat terakhir surah al-Baqarah.
[6] ayat 18 surah `Ali Imran (Syahidallahu annahu la ilaha illa huwa………….).
[7] ayat 54 surah al-A’raaf (Inna Rabbakumullahullazi……………).
[8] ayat 116-118 surah al-Mukminun (Fata’alallah al-Malikulhaq…………..).
[9] ayat 3 surah al-Jinn (Wa annahu Ta`ala jaddu………..).
[10] 10 ayat pertama surah al-Saffat.
[11] 3 ayat terakhir surah al-Hasyr.
[12] 3 surah terakhir al-Qur’an (al-Ikhlas, al-Falaq & al-Nas).


Berkata Ubay bin Ka’ab: Setelah itu bangunlah lelaki tersebut seolah-olah dia tidak mengalami apa-apa masalah langsung

Wajah Hariz 2012 - 11 tahun

Selasa, 03 Jan 2012.

Sekadar memberitahu, inilah wajah Hariz tahun 2012 berumur 11 tahun.

02 January 2012

Perbualan Dalam Perjalanan Ke Kota Tinggi (Naik Bas)

Sabtu, 31 Disember 2011.

Ni sambungan dari cerita Perbualan Dalam Perjalanan Beli Tiket Bas. Perbualan dicatatkan bila Hariz perasan perjalanan bas menuju ke Johor (melalui PLUS highway yang memang dia cukup kenal).

Hariz: Ayah, mana ni? (belum sempat jawab, dia dah ulang 3 kali)
Ayah: Kita balik Kota Tinggi...
Hariz: Kota Tinggi..? (diam sekejap, then) Tak nak balik Sri Saujana.. yah. Gi Rest-In Hotel je.
Ayah: Ok, kita balik Kota Tinggi ye... (cuba konsisten kan jawapan, dgn harapan mind dia berubah)
Hariz: Gi Rest-In Hotel je...
Ayah: Ye lah, ye lah... (terpaksa, utk elak kacau bilau hehehe)

Asyik ingat Rest-In Hotel je sepanjang perjalanan, walaupun dapat divert mind dia dengan beberapa perkara lain. Sampai rumah tantrum sebab tak pergi ke Rest-In Hotel, nasib baik internet kat rumah tu tak potong lagi... sejuk cepatlah juga.

Dalam teksi ke TBS.

Lepak di TBS sementara menunggu untuk boarding.

Happy nak naik bas di boarding area.

Dalam bas... sungguh happy.