Ahad, 10 Feb 2019.
Anak autisme tantrum bukan tanpa sebab. Pasti ada sesuatu yang menjadi pencetus (trigger).
Kita ibubapa hanya perlu memerhati, meneliti & menganalisa perkara-perkara (sangat banyak, berbeza-beza bagi setiap anak autisme) yang menjadi pencetus. Hanya boleh mengenalpasti pencetus sebenar setelah beberapa/banyak kali terjadinya tantrum.
Setelah pencetus tantrum dikenalpasti maka mudah untuk kita mengatur strategi untuk mengatasi anak tantrum. Namun, kadang-kadang strategi mengatasi tantrum juga boleh kita kenalpasti semasa tempoh memerhati, meneliti & menganalisa pencetus tantrum.
Owh... baca pengalaman dari ibubapa lain di dalam AM ni memang membantu... tapi... bertemu dan berkongsi secara 'live' di luar alam maya lebih lebih membantu kerana tidak semua dapat diceritakan atau dikongsikan dengan penulisan. Ianya adalah dari hati ke hati.
No comments:
Post a Comment