02 December 2011

Hariz Ingin Bercerita!

Jumaat, 02 Dec 2011.

Dah sebulan takde entry baru. Aku pun bukannya pandai mengarang hahaha. Tapi memang kelam kabut sikit bila bertukar tempat kerja. Banyak yang harus diuruskan. OK cerita baru pasal Hariz. Hari ni bila aku balik dia excited tapi bukan mengejar aku, ke hulu ke hilir dengan muka riang menunjukkan ekpresi gembira.

Masa duduk-duduk sambil menonton TV, Hariz sibuk tunjuk video rakamannya dalam Samsung Tab sambil ingin bercerita mengenainya. Tampak sangat payah bagi dia untuk mengeluarkan kata-kata dan menyusun ayat. Kasihan aku lihat dia, aku kena bantu. Aku cuba fahami apa yang dia ingin katakan kemudian aku menyusunkan ayat, bertanya apa yang berlaku dan cerita semula kisah video rakamannya tu dengan seringkas dan semudah yang boleh. Dia mengulangi setelah aku menyusunkan ayat sehingga tiga-empat kali. Jadi aku kena konsisten. Nampak dia berpuashati bila dapat bercerita. Dia ada imaginasi tapi tapi masih sukar untuk di luah dengan kata-kata.

Aku dah ada rancangan untuk rangsang pertuturannya, mudah-mudahan dapat dilaksanakan tak lama lagi.

~

4 comments:

  1. Salam, walaupun ayat2 Hariz masih belum sempurna, sekurang2nya dia dah boleh bertutur dalam 1 ayat dan mempunyai berpatah2 perkataan. pada saya, itu pencapaian besar dan 1 NIKMAT. kalaulah Abil macam Hariz, alangkah bestnya... smntara itu, saya tetap bersyukur dengan apa yang Abil ada sekarang. Mudah2an Tuhan akan beri lebih lagi.Amin!

    ReplyDelete
  2. Salam Sahabat karibku.. bila plk ya. Terima kasih kita sama2 dapat manfaatkan laman FB untuk keperluan ibubapa/penjaga seperti anak kita Autisma. Harap kita dapat saling berkerjasama. Oh! ya.. Tahniah! begitulah peringkat awal anak2 kita nak boleh berckp, kita perlu beri perhatian thdp apa yg hendak dickpkannya..Insya-Allah, segala2 akan mencapai cita2 yg dihajatkan.. anak kita mampu berkata2 seperti insan biasa. Usaha dan Doa.

    ReplyDelete
  3. teruskan usaha ye ayah hariz..
    insyaAllah.. hasrat kita serupa. Saya pun duk usaha mengajar hasif bertutur skang..

    ReplyDelete