Ahad, 24 Julai 2011.
Ini kisah terbaru Hariz yang aku rasa berbaloi untuk di kongsi dengan para pembaca. Pada 19 Julai 2011 yang lepas Hariz hadir ke sesi speech therapy swasta. Sesi kali ini dilakukan secara berkumpulan (dua orang aje dalam kumpulan tu) bagi meningkatkan lagi kemahiran berinteraksi. Dalam sesi ini therapist menggunakan kaedah reward-penalty di mana, disenaraikan kriteria yang harus diikuti semasa sesi terapi berlangsung, dan mereka akan diberikan bintang sebagai reward bila mematuhi kriteria yang ditetapkan.Manakala, bintang akan di padam/buang bila melanggar atau tidak mematuhi kriteria. Antara kriteria yang ditetapkan - Senyap, Mendengar, Melihat...
Dalam setiap permainan Hariz akan sentiasa mahu menang. Jadi ianya mendorong Hariz untuk mengikuti apa yang diprogramkan dalam sesi itu. Apa yang bagusnya kaedah dalam sesi ini amat berkesan hingga boleh diaplikasikan di rumah, di mana kami akan beri markah bila dia berkelakuan baik atau mengikuti apa yang diarahkan, dan tolak markah bila sebaliknya. Alhamdulillah, bertambah mudah untuk mengawal tingkahlaku yang kurang elok dan menggalakkan tingkahlaku baik.
Apa yang menarik terkesan dari kaedah ini... baca dialog dibawah:
Senario 1:
Hariz: Ibu nak nasi!
Ibu: Ok, ibu ceduk nasi ye.
Hariz: Nanti tambah markah.
Senario 2:
Ibu: Hariz, pergi mandi.
Hariz: Tak nak!
Ibu: Pergi mandi, nanti main komputer lagi.
Hariz: Takkk nak!
Ibu: Ibu potong markah ye.
Hariz: Jangan! Jangan!
approach ni memang bagus. even untuk budak normal. saya pun buat kat rumah.berkesan.
ReplyDeletekalau ada rezeki saya nak attend ABA course
ReplyDelete