25 Feb 2010
Dari pertengahan Jan hingga Feb 2010, Hariz suka buat 'pipi kembung' - iaitu mengembungkan pipinya. Dia juga mahu orang disekelilingnya buat perkara yang sama. Dah tak terkira berapa kali dia mahu kita buat sama dalam sehari. Tengah buat kerja sekolah / makan / dalam kereta / mandi pun dia suruh buat. Emm... repetitive behaviour seorang autisme. Macam mana nak hilangkan? Tegur dia supaya tak buat begitu bila dia mahukan kita buat pipi kembung berulang-ulang dalam masa singkat. Marah bila dia melampaui batas - contoh bila dia memaksa orang lain buat sama. Alihkan perhatian kepada aktiviti lain yang biasa dia buat - contohnya suruh dia main PSP atau melukis yang memang dia suka.
Bila perbuatan ini hilang, akan ada yang baru. Apa dia? Saya pun tak tahu. Yang pastinya, mencabar kesabaran dan kreativiti kita.
Anak saya (Abil) pun sama, ada saja aktiviti berulang yang dia suka buat, kebanyakannya bermusim...Mujur la dia tak pernah 'paksa' orang lain buat sama...nak hilangkan habit tu memang susahh and makan masa.Selagi tak melampaui batas memang terpaksa layannnnkan aje..
ReplyDeletehttp://l-u-q-m-a-n.blogspot.com/ to share info. saya baru start blogging.
ReplyDeleteblurry: luqman bijak & cergas, pasti berkembang baik dengan cepat; umur berapa diagnosed autistic?
ReplyDeleteblurry: you are invited to joint the Autisme Malaysia group on Facebook.
ReplyDelete